Wednesday, March 2

Video Panas!!!Kempen Muka Sekupang DAPig.



Fitnah DAP terhadap PERKASA di Merlimau agak melampau,Depa nie patut dihumban kedalam laut,menggunakan isu perkauman untuk berceramah di merlimau berikut penjelasan Ketua Wira Perkasa


Di Sini Saya Selaku Ketua Wira Perkasa Mewakili Perkasa Ingin Nyatakan Pihak PERKASA Tidak Terlibat Langsung Dlm Sebaran Risalah Dan Banner2 Yg Berunsur Provokasi Di Kedua2 Tempat di PKR. Pihak Perkasa Negeri Melaka dan Pahang Telah Membuat Satu laporan Polis Terhadap Fitnah Yang Di Lihat Kurang Matang Dan Kebudak-budakan Sehingga Terdesak Mencemarkan Nama Baik Pihak PERKASA.




Disini Sekali lagi Saya Ingin Menegaskan Sekali Lagi Pihak PERKASA Tidak Pernah Mengeluarkan Apa2 Risalah Atau Banner2 Seperti Yang Di Laporkan.


BACA SETERUSNYA.




BANGUN PAGI NI AGAK TERASA BANGGA MELIHAT SEKEPING GAMBAR...
CALUN PRK MERLIMAU... SATU BARISAN NASIONAL DAN SATU LAGI PAS.. SAMA-SAMA MENGUSUNG JENAZAH...INI ADALAH SATU TITIK PERMULAAN, SEANDAINYA SIKAP BEGINI ADA DI KALANGAN SEMUA PEMIMPIN KITA, ALANGKAH BAHAGIANYA MENJADI RAKYAT MALAYSIA. INGATLAH SAUDARA2KU, BAIK KAMU DARI PIMPINAN BARISAN NASIONAL DAN LEBIH-LEBIH LAGI PAS, APATAH LAGI PKR... KITA SEMUA ORANG MELAYU... RATA2NYA MELAYU ITU ISLAM... AKAN MATI JUA NANTI... JANGAN MENGHUKUM ORANG LAIN, BIARLAH HUKUMAN ITU TUHAN YANG TENTUKAN. LAYAKKAH KITA INSAN INI MENGHUKUM???? BERDIRILAH KEMBALI DALAM SATU SAF....... ATAS NAMA MELAYU


Mat Kilau terpaksa angkat bungkus balik kepulau pinang ada urusan keluarga disana,Jutaan terima kasih kepada Abg Abu Bakar UMNO Bhgn Masjid Tanah diatas kerjasama dan segala bantuan yang diberikan sepanjang berada di Merlimau jasamu akan dikenang.Perjuangan MKP dimerlimau tidak berakhir disini,Kalu tidak  kerna Abg Abu Bakar tentu MKP tidak merasa berada disini.Nak harap bantuan dari pulau-pinang haram,merayu sudah,pujuk sudah,cakap sudah akan tetapi hampa belaka MKP cuma lalu saja dihadapan rumah pulau pinang tak singgah merajuk!!!!.Al-maklum kami BloggerNyamuk sapa nak layan.Percaya kepada kata-kata azimat "berbuat baik orang akan sayang kat kita" akan tetapi jangan jadi MUNAFIK.Yang dok ada semua pilih bulu K#te.

PERSIAPAN KP1M KE CHRISTCHURCH.



Selamat berangkat Mat Kilau Penang ucapkan kepada Dato Azeez dan rakan-rakan seangkatan,misi mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah bencana gempa bumi di New Zealand. Marilah kita mendoakan semoga mereka selamat pergi dan kembali.






Persiapan rapi telah diatur oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dalam memastikan Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Christchurg berjalan dengan lancar. Sukarelawan bagi misi kali ini seramai 39 orang termasuk sekumpulan pakar perubatan pelbagai bidang. Kumpulan sukarelawan ini juga turut dianggotai oleh pakar motivasi yang akan berperanan memberi rawatan emosi dan trauma yang dialami oleh rakyat dan pelajar malaysia di sana.



Sebanyak 5 tan makanan akan dibawa oleh KP1M untuk diagih-agihkan kepada rakyat dan pelajar Malaysia. Difahamkan, seramai 650 orang rakyat Malaysia kini berada di kawasan berkenaan dan amat memerlukan barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman, selimut dan pakaian. KP1M juga akan menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang saku kepada semua rakyat dan pelajar Malaysia bagi tujuan meringankan bebanan yang ditanggung ekoran gempa bumi yang telah mengorbankan 113 orang. Setakat ini, lebih 200 orang masih dikatakan hilang dan usaha mencari dan menyelamat sedang berjalan seperti biasa.






Selanjutnya klik disini

Yuhaizad Sedia Keluar Dari Kuaters,Patut Dah Lama Dah.







Calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa kuaters guru yang dihuni bersama keluarga di Kemendor sekarang dibina dengan wang Umno.
Yuhaizad berkata, jika BN berjaya membuktikan bahawa mereka sekeluarga kini tinggal di bangunan milik Umno, maka beliau sedia keluar dari unit kuaters berkenaan.
"Jika BN dapat buktikan yang kuaters itu dibina menggunakan duit Umno, saya akan keluar dari rumah itu malam ini juga," tegasnya kepada pemberita semasa ditemui berkempen di Pasar Tani Merlimau di sini, Selasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menganggap calon PAS dan isterinya, Shakila Mohamad yang merupakan guru di sebuah sekolah daerah ini kurang berterima kasih walaupun tinggal selesa di kuaters guru.
Banyak pihak mempertikaikan tindakan calon PAS terbabit yang tinggal di rumah yang disediakan kerajaan tetapi menjadi menyokong parti pembangkang.
Sementara itu, pada sidang akhbar lain, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad memberitahu bahawa parti itu mahu bertanding di Merlimau dalam keadaan baik dan sihat tanpa sebarang kacau-bilau.
Katanya, pihaknya menolak amalan politik ala samseng yang ternyata tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak sekali pun.
"Kita amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menaikkan kain rentang berunsur fitnah bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat," dakwanya.
Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive