Wednesday, March 2

PERSIAPAN KP1M KE CHRISTCHURCH.



Selamat berangkat Mat Kilau Penang ucapkan kepada Dato Azeez dan rakan-rakan seangkatan,misi mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah bencana gempa bumi di New Zealand. Marilah kita mendoakan semoga mereka selamat pergi dan kembali.






Persiapan rapi telah diatur oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dalam memastikan Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Christchurg berjalan dengan lancar. Sukarelawan bagi misi kali ini seramai 39 orang termasuk sekumpulan pakar perubatan pelbagai bidang. Kumpulan sukarelawan ini juga turut dianggotai oleh pakar motivasi yang akan berperanan memberi rawatan emosi dan trauma yang dialami oleh rakyat dan pelajar malaysia di sana.



Sebanyak 5 tan makanan akan dibawa oleh KP1M untuk diagih-agihkan kepada rakyat dan pelajar Malaysia. Difahamkan, seramai 650 orang rakyat Malaysia kini berada di kawasan berkenaan dan amat memerlukan barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman, selimut dan pakaian. KP1M juga akan menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang saku kepada semua rakyat dan pelajar Malaysia bagi tujuan meringankan bebanan yang ditanggung ekoran gempa bumi yang telah mengorbankan 113 orang. Setakat ini, lebih 200 orang masih dikatakan hilang dan usaha mencari dan menyelamat sedang berjalan seperti biasa.






Selanjutnya klik disini

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive