TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan kemahiran memasak sewaktu Program Jalinan Mesra Rakyat dan Mesra Pengguna bersama Timbalan Perdana Menteri di Ayer Merbau, Merlimau di Melaka pada Sabtu. Beliau diperhatikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mohd Ali mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab di media baru itu menyamar sebagai penyokong BN dan menyebarkan berita serta isu yang memberi kesan yang negatif kepada BN.
Katanya jentera BN juga terus mengadakan perjumpaan bersama pengundi termasuk lawatan rumah ke rumah bersama calon dan berkempen pada 'gear penuh'.
Mohd Ali berpuas hati dengan kempen yang berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.
"Esok saya berharap semua pengundi keluar mengundi awal kerana dikhabarkan petang esok hujan, kita juga akan sediakan pengangkutan untuk membawa pengundi, saya nasihatkan pengundi memilih calon yang terbaik yang mampu memberi kemajuan di DUN itu," katanya.
Sementara itu, calon BN, Roslan Ahmad, 44, berkata beliau bersyukur dapat berjumpa dengan lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas.
"Daripada sambutan yang diperolehi, saya yakin BN dapat kekalkan kerusi di kubu kuat di sini, malah pada pendapat saya dapat melebihi majoriti undi diperolehi BN pada pilihan raya umum 2008," katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen, penduduk di kawasan DUN itu hanya mengutarakan masalah kecil seperti mahukan lebih banyak kemudahan infrasruktur, yang sedang diatasi kerajaan.
Katanya sekiranya dipilih oleh pengundi pada pilihan raya itu Ahad, sebagai langkah pertama beliau akan memastikan semua masalah yang diutarakan kepadanya diselesaikan secepat mungkin.
Roslan dicabar calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung
No comments:
Post a Comment