Tuesday, March 15

Impian DAP di Sarawak

Mereka cenderung ke arah memesongkan pandangan rakyat terhadap kerajaan negeri. Mereka mahu rakyat menyokong pendirian politik ekstrem. Di sana sini semasa penulis berada di beberapa bandar pada penghujung Februari dan awal Mac baru-baru ini, kata-kata'change' atau perubahan menjadi sebutan lumrah. Malahan perkataan "Tok Uban' disebut tanpa segan silu dan kepada siapa ia dimaksudkan.

Kelemahan masyarakat umum digunakan pembangkang habis-habisan. Kedatangan tokoh-tokoh pembangkang melalui kempen berunsur hasutan kian ketara. Pembohongan fakta dibuat, kerana rakyat tidak tahu semua. Mereka masih menabur janji kosong. Itu sudah menjadi umpan besar pancingan yang hebat.

Kehangatan politik Sarawak sedang dirasakan. Cita-cita Parti Tindakan Rakyat (DAP) hanya satu. DAP mahu memerintah Sarawak melalui pakatan pembangkang dengan kuasa dominan di tangan mereka. Lalu digembar-gemburkan segala macam tohmahan, fitnah dan serba tidak kena terhadap kemajuan Sarawak.

Semua pihak, kerajaan dan rakyat Sarawak mesti diperingatkan. Berhati-hatilah dengan dakwaan dan fitnah DAP, apabila Barisan Nasional (BN) dikatakan zalim. BN tersohor dengan dasar diskriminasi. DAP mendakwa berjuang untuk setiap golongan rakyat semua kaum dan kumpulan etnik.

Kerajaan Persekutuan dikatakan tidak pernah berlaku adil untuk Sarawak dan Sabah. Kata mereka orang Sarawak hanya mendapat sekeping kecil daripada kek pembangunan negara.
DAP mengabui mata rakyat. Mereka tidak pernah bersyukur bahawa Sarawak sudah jauh lebih maju. Mereka lupa akan kehidupan kota yang senang lenang dinikmati orang Cina. Kemakmuran, kestabilan dan taraf hidup rakyat sudah jauh meningkat.

Sayangnya, orang ramai semakin terpukau, ada penerimaan melulu terhadap isu-isu melalui pidato yang berapi-api dan janji-janji yang memukau.


Suara politik sumbang pihak pembangkang terus menerus diledakkan. Mereka menafikan apa sahaja kebaikan dan kejayaan kerajaan BN selama memimpin negara. Macam-macam isu dibangkitkan.

Mereka mulai menghasut tentang isu tanah adat anak negeri (NCR), kebajikan rakyat Sarawak di Semenanjung yang kononnya diabaikan, isu agama, pendidikan dan isu-isu lain berkaitan dengan status istimewa Melayu dan bumiputera. Bara api perkauman sedang ditiupkan, suatu hal yang tidak terlalu lazim.

DAP pandai menggunakan kesempatan, ruang dan peluang. Lalu timbul dakwaan bahawa hanya DAP sahaja yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat Sarawak.

Fokus DAP adalah terhadap orang-orang Cina dan usaha menawan bandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan di mana penempatan kawasan ramai pengundi Cina. Kawasan luar bandar mungkin sukar buat mereka. Sokongan orang Cina di bandar kian meningkat.

Mahu tidak mahu anggota BN Sarawak mesti bertindak pantas, menjawab segala tuduhan dan gerakkan perpaduan kaum bumiputera. BN Sarawak hendaklah lebih bersatu.
BN kena mencari pendekatan baru. Rakyat mesti disedarkan bahawa segala dakwaan DAP itu tidak lebih daripada suara kekecewaan kerana kerakusan kuasa dan bertujuan merosakkan kedamaian negara.

Isu-isu yang dibangkitkan itu sudah menjadi program kerajaan secara berterusan. Lihat sahaja pembangunan infrastruktur, keutamaan kepada pendidikan, kemajuan ekonomi dan kebajikan sosial.

Ada sogokan idea supaya timbul anggapan bahawa bumiputera Sarawak hanya 'kelas kedua' berbanding dengan Melayu di Semenanjung. Mereka gagal melihat kerjasama pentadbiran antara kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan. Pembangunan hebat di Sarawak diperlekehkan begitu sahaja.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive