Sunday, March 20

PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN MULA DIBUKA

PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN kini telah mula beroperasi 24 jam bertempat di No. 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. 

Pusat pengumpulan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang mensasarkan membawa barangan sumbangan rakyat Malaysia ke Jepun pada 24 dan 27 Mac 2011 nanti.

Pelbagai lapisan masyarakat mula tampil menghulurkan sumbangan berbentuk barangan seperti lilin, selimut tebal, mi segera dalam cawan (cup) dan barangan keperluan kanak-kanak dan wanita. Turut juga yang tampil menghulurkan wang dalam bentuk tunai dan cek.

Apa yang menarik perhatian ialah terdapat beberapa warga emas yang datang dari jauh hanya semata-mata menghulurkan 1 kotak lilin yang berisi sebanyak 10 batang lilin. Situasi itu memberi kesan emosi yang mendalam terhadap petugas di pusat pengumpulan ini. Apa yang penting ialah keikhlasan kita sebagai rakyat Malaysia dibumi bertuah ini untuk berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun yang kini dirundung kesedihan.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk barangan, keperluan utama rakyat Jepun kini ialah:

1. Mi segera (cawan/cup)
2. Selimut tebal
3. Lilin
4. Topeng mulut/hidung
5. Air mineral


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive