Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diharapkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik pihak pembangkang yang berkemungkinan berusaha meraih undi saat akhir melalui cara yang tidak sihat.
Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taktik sedemikian sudah lama dipraktikkan pihak lawan bagi mengelirukan pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) supaya beralih sokongan kepada mereka pada saat akhir.
"Waspadalah kerana mana tahu ada kumpulan dari pembangkang yang ingin timbulkan ketegangan. Kadang-kadang dia sendiri yang rosakkan kereta atau banner dia, kemudian dia tuduh orang lain yang buat...ini taktik lama yang mungkin digunakan.
"Kita juga harap pengundi tidak terperangkap dengan cerita fitnah dan pembohongan mengenai kerajaan yang disebarkan melalui media baru seperti Facebook dan blog. Ada yang menyamar seolah-olah ia datang dari kerajaan. Jadi, pengundi janganlah keliru," katanya.
No comments:
Post a Comment