Apa dah jadi nie awat dok sembunyi pasai apa tak mau buat sidang media yang pasti benda nie nak habaq kat ketua menteri 100ringgit dulu kot.Dengaq kata depa semua pi anjuran PDC.akan membongkaq apa berlaku rasanya pihak PDC tak bayaq duit atau malik itik cilok duit kot.
Kini YB Malik Kassim sedang gundah gulana di Medan... dimaklumkan oleh rakan2 niaga termasuk orang2 kuat Dewan Perniagaan Melayu P.Pinang, para peniaga dan orang yang turut serta dlm rombongan kerajaan negeri, Rumah Kerajaan Negeri P.Pinang yang sepatutnya meriah dgn pelbagai jualan di Medan Fair kini lengang dan kosong...
MKT dimakluamkan barangan yg dibawa dari Pulau Pinang tidak dibenarkan masuk ke Medan atas sebab2 tertentu.. Dari sumber tidak rasmi, MKT dimaklumkan kegagalan menjelaskan bayaran/hutang ke atas pihak penganjur dan kelemahan pengurusan oleh YB Malik adalah punca segalanya...
YB Malik & kerajaan DAP telah mencatatkan sejarah kerana buat pertama kalinya deligasi dan para peniaga dari Pulau Pinang diperlakuakan sebegini oleh pihak Medan Fair. Inilah yg dikatakan pentadbiran yang CEKAP, AKAUNTABILITI & TELUS...
Sekumpulan usahawan Pulau Pinang memboikot Pekan Raya Sumatera Utara (Medan Fair) di Medan, Indonesia akibat tidak berpuas hati dengan karenah birokrasi yang berlaku di sana.
Salah seorang usahawan terbabit memaklumkan kepada Sinar Harian akibat masalah itu, barangan mereka tersadai di Lapangan Terbang Polonia dan tidak dapat dikeluarkan dengan alasan masalah cukai.
Dalam aduannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar dari Medan, 30 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sepatutnya menyertai Pekan Raya Sumatera Utara ke 40 menarik diri dan pulang ke tanah air tengah hari semalam.
“Kami terpaksa menarik diri dan pulang ke tanah air apabila kargo dari Pulau Pinang dihalang dikeluarkan dari Lapangan Terbang Polonia, Medan.
“Delegasi yang terdiri daripada pegawai agensi kerajaan dan 30 usahawan berangkat pulang dan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pada jam 12.45 tengah hari setelah kecewa dengan bahagian cukai di lapangan terbang itu,” katanya.
Sinar Harian yang menunggu kepulangan mereka sejak jam 12.15 tengah hari itu bagaimanapun gagal untuk menemui usahawan sampai di LTABL setelah ‘disambut dan dinasihati’ oleh lima pegawai dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang ‘mengawasi’ setiap usahawan yang tiba di balai ketibaan.
Usahawan yang tiba kelihatan seolah-olah ‘takut’ setelah disapa Sinar Harian dan ada yang cuba ‘menutup mulut’ dengan berkata mereka ke Medan untuk melancong.
Persoalannya, adakah wajar seorang pelancong yang mengunjungi Medan perlu berjumpa dan berbual panjang dengan pegawai PDC apabila tiba di tanah air?
.
No comments:
Post a Comment