Wednesday, February 5

@CmLimGuanEng RASUAH PEMANDU TEKSI PULAK.....


Memang menjadi lumrah jika tidak menyalahkan UMNO dan Kerajaan Persekutuan sudah tentu harinya sebagai Ketua Menteri sudah pasti tidak sempurna. Sebelum ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dicemuh sebagai Rasuah pada rakyat kerana menyokong Barisan Nasional. Tapi apa yang berlaku sebaliknya pada Ketua Menteri Lidah Bercabang. 


Ketua Menteri Lidah Bercabang telah memberi Insetif pada Pemandu Teksi. Kenapa pulak pemberian ini tidak ditaksif sebagai rasuah. Kenapa apa saja yang dilakukan oleh DAP bolah dikatakan halal dan semuanya baik. Nampak sangat Ketua Menteri Lidah bercabang ini meludah kelangit dan jatuh kemuka sendiri.

Baca ucapan Ketua Menteri mengenai pemberian Rasuah pada pemandu Teksi KLIK

Fakta yang diberikan oleh Ketua Menteri mengenai BR1M adalah tidak tepat dan salah sama sekali. Berikut adalah fakta yang betul dan tepat.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan

daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

"Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.

NaJib berkata bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun lepas, BRIM 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini sebanyak RM250. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131025/dn_42/Bajet-2014-BR1M-dinaikkan-kepada-RM300-dan-RM650#ixzz2sPtLkMCg 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MKP Ayat Sempoi : Ketua Menteri pun tak tahu bahawa BR1M yang bakal diberi pada kali adalah rm650.00 bukan rm600.00 yang telah dikatakan oleh ketua menteri lidah bercabang. 


Tuesday, February 4

ADUN PERAK KELUAR PARTI............. PKR DAH MENGELUPUR @Zahid_Hamidi


YB S.Kesavan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan N54 Hutan Melintang dalam Parlimen P75 Bagan Datoh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lepas nie boleh aje bawa bot nie bersiar-siar dan tak payah lagi fikir pasal Anwar dan tipu belitnya.



Dun Hutan Melintang bakal dirampas kembali Barisan Nasional !

Bukti kesungguhan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa turun padang di kawasan mungkin memberi tamparan yang hebat kepada YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang) mungkin kerana beliau sedar yang beliau tidak dapat berbuat apa-apa di kawasan Hutan Melintang sehingga terdesak untuk turun sama di dalam program yang dijalankan Barisan Nasional. Gambar di atas menunjukkan YB Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datok bersarapan di Gerai MPTI Simpang 4, Hutan Melintang bersama-sama YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang), YB Dato’ R. Ganesan (Speaker Dewan Undangan Negeri Perak) dan R. Supramaniam (Pengerusi MIC Bahagian Bagan Datok)


Sejurus selepas sarapan pagi bersama, YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang) turut sama
Menyertai Prog YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di SMK Hutan Melintang (Pelancaran Program Khidmat Perdana Alumni PLKN) dimana di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datok di adakan program gotong-royong bersama JKKK Kampung yang terpilih. Menerusi maklumat yang kami terima, pada mulanya YB Kesavan meninjau di tapak program selapas bersarapan pagi dengan YB Menteri tadi dan dilihat membuat u-turn di hadapan kawasan SMK Hutan Melintang dan menyertai program selepas melihat kehadiran yang ramai di program tersebut. Kot iye pon YB pakai la kasut nak senam erobik..ini pakai selipar! Takda disiplin langsung. Tapi tak mengapa lah….cerita nie sebelum PRU-13....

Wakil Rakyat PKR dari negeri Perak, YB Kesavan secara mengumumkan dirinya bukan lagi ADUN PKR. 

ADUN N54 Hutan Melintang ini telah memberikan surat pengumuman beliau kepada Speaker DUN Negeri Perak pagi. 

Pada surat tersebut YB Kesavan memaklumkan beliau hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim...


Sunday, February 2

RAKYAT PERMATANG PAUH PALING BODOH DI MALAYSIA....

Jika MKP berasal dan menetap atau mengundi di Permatang Pauh malulah mendapat Ahli Parlimen seperti Anwar nie. Bukan Anwar yang malu tapi pengundi disana memang bodoh dan kurang cerdik. Bagi anwar pengundi Permatang Pauh diibaratkan lembu atau binatang ternakan bagi saja makan mereka akan turut tanpa membantah. 

Pemimpin bertaraf dunia yang bakal bertanding di #PRK Kajang kembali ke Kubu kuatnya di Permatang Pauh. MKP beranggapan Anwar nie tak takut dan risau pada Permatang Pauh yang menjadi Kubu kuatnya sejak dari tahun 80an. Namun anggapan hanya tinggal anggapan apabila semalam Anwar muncul di Masjid Kubang Semang. Kemunculan Anwar dihadapan penyokongnya memberikan penjelasan yang kenapa dan mengapa bertanding di Kajang......?


MKP tertanya-tanya jugak adakah penyokong tegar Anwar nie mengiyakan sahaja apa tindakan Anwar ini. Yang hadir kebanyakkanya adalah berkopiah putih seperti penyokong PAS. Mereka yang hadir ini sudah tentu berjawatan kerana yang menentukan jawatan mereka menjadi JKKK adalah Ahli Parlimen. Siapa yang kasi sudah tentu Anwar Ibrahim takkan depa nie berani nak lawan. Silap hari bulan dah tentu jawatan yang disandang bakal lenyap disentap penjubur sejati Permatang Pauh.

Jadi, sekarang semua pihak faham bahawa untuk meredakan pergaduhan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dah sanggap sangat nak jadi Menteri Besar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, maka Anwar Ibrahim harus dilantik ke jawatan itu.

Melainkan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman politik yang gagal ditangani oleh Anwar Ibrahim dengan berkesan.

Cuma, kalau itulah penyelesaiannya… ok… selain perkenan Sultan Selangor cabaran pertama adalah untuk Anwar menang di Kajang.

Ni bukan Permatang Pauh … tidak semudah itu untuk Anwar menang.

Anwar boleh la cakap BN tak perlu bertanding apa semua… itu mulut dia, hakikatnya tidak semudah kata-kata.

Bayangkan kalau Anwar kalah… PKR akan hanya tinggal 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)… PAS dan DAP masing-masing akan ada 15 kerusi.

Perbezaan dua kerusi sudah menjadi terlalu besar sebenarnya.

DAP tidak boleh menjadi MB kerana syarat ke jawatan itu perlulah Islam dan Melayu… mereka tidak ada ADUN yang memenuhi syarat berkenaan.

Dengan kelebihan kerusi, dengan memenuhi syarat Melayu serta Islam… takkan PAS akan sekali lagi berdiam diri dan membiarkan PKR melantik calon mereka ke jawatan itu?

Kemungkinan besar jika Anwar kalah… maka Khalid Ibrahim akan kekal Menteri Besar… memang beliau tidak akan meletak jawatan kerana ribut akan melanda pentadbiran Selangor.

Kalau Anwar kalah dan Khalid letak jawatan… tengoklah macam mana PKR, DAP dan PAS bergaduh mahukan jawatan MB nanti.

Silap hari mahu PKR terlepas jawatan MB berkenaan. Jadi, kalau Anwar kalah, Khalid akan kekal.

DAP akan terus memberikan sokongan kepada Khalid tetapi fikir lojik akal… Khalid sah akan menjadi boneka DAP… (situasi yang macam pernah ku lihat… tapi di mana yea?)

Dan yang pasti diperbodohkan dan kekal dalam sakit hati yang teramat adalah Azmin.

Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK…Anwar bertanding…(kalah)… Azmin tetap juga tak jadi MB akhirnya…

Terasa bodoh tak kalau kita berada di kedudukan Azmin ketika itu?

Sambung balik yea… Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK Anwar bertanding…(kalah)… kerusi PKR makin kurang… PAS masih melopong sedangkan dah berhak sangat mengambil alih kerusi MB.

Lepas seorang ADUN letak jawatan… buat PRK Anwar bertanding…(kalah)… Khalid kekal MB tetapi semakin menjadi boneka kerana bertahan atas restu DAP.

Dalam situasi rakyat dipergunakan… tak nampak satu penyelesaian yang masuk akal… inikah sahajakah strategi yang mampu difikirkan Rafizi Ramli?

Kalau Anwar menang dan tidak dapat perkenan pulak… apa nak jadi?

Masaklah rakyat Selangor nak tengok drama politik tidak berkesudahan nanti.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive