Wednesday, February 5

@CmLimGuanEng RASUAH PEMANDU TEKSI PULAK.....


Memang menjadi lumrah jika tidak menyalahkan UMNO dan Kerajaan Persekutuan sudah tentu harinya sebagai Ketua Menteri sudah pasti tidak sempurna. Sebelum ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dicemuh sebagai Rasuah pada rakyat kerana menyokong Barisan Nasional. Tapi apa yang berlaku sebaliknya pada Ketua Menteri Lidah Bercabang. 


Ketua Menteri Lidah Bercabang telah memberi Insetif pada Pemandu Teksi. Kenapa pulak pemberian ini tidak ditaksif sebagai rasuah. Kenapa apa saja yang dilakukan oleh DAP bolah dikatakan halal dan semuanya baik. Nampak sangat Ketua Menteri Lidah bercabang ini meludah kelangit dan jatuh kemuka sendiri.

Baca ucapan Ketua Menteri mengenai pemberian Rasuah pada pemandu Teksi KLIK

Fakta yang diberikan oleh Ketua Menteri mengenai BR1M adalah tidak tepat dan salah sama sekali. Berikut adalah fakta yang betul dan tepat.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan

daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

"Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.

NaJib berkata bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun lepas, BRIM 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini sebanyak RM250. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131025/dn_42/Bajet-2014-BR1M-dinaikkan-kepada-RM300-dan-RM650#ixzz2sPtLkMCg 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MKP Ayat Sempoi : Ketua Menteri pun tak tahu bahawa BR1M yang bakal diberi pada kali adalah rm650.00 bukan rm600.00 yang telah dikatakan oleh ketua menteri lidah bercabang. 


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive