Apa lagi yang perlu dibuktikan bahawa Video yang telah dihasilkan oleh Teresa Kok boleh menjejaskan kestabilan kaum di Malaysia. DAP nie kalau salahseorang pemimpin mereka diserang sudah tentu ramai pemimpin lain datang membela. Ini adalah kelebihan mereka bersatu. Namun selama mana mahu menutup bangkai gajah dengan daun pisang. Tonton video dibawah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bukan satu ancaman, justeru ia tidak perlu disiasat.
"Tiada apa yang hendak disiasat, kerana tiada ancaman. Mengapa kita perlu siasat itu?
"Menampar bukan ancaman. Jika mereka kata bunuh barulah boleh dikatakan ancaman.
Beliau berkata polis hanya akan mengambil tindakan sekiranya tamparan tersebut berlaku.
"Jika mereka tampar (Teresa Kok), kami akan ambil tindakan.
"Hal tamparan ini antara Teresa dan badan NGO itu," tambahnya.
Bagaimanapun, polis mendedahkan semalam, mereka mula menyiasat ancaman tersebut dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 505(c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang lain dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.
Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semalam berkata, ketiadaan tindakan Putrajaya terhadap NGO tersebut bermakna kerajaan bersetuju dengan tindakan tersebut.
"Kerajaan sepatutnya mengecam tindakan ini, apa yang susahnya? Mengapa mereka tidak dapat keluar dan berkata sesuatu? Disebabkan inilah adanya budaya sewenang-wenangnya kerana badan sebegini fikir mereka boleh terlepas dengan apa sahaja," kata Ambiga dan menambah, ia juga membuatkan polis kelihatan lemah.
Semalam, badan yang menggelar dirinya "Majlis NGO Islam" menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang dapat menampar Kok sebagai simbol kemarahan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cina yang bertajuk “Onederful Malaysia CNY 2014”.
Mereka juga mencalit darah ayam yang disembelih ke atas kertas rentang yang terdapat gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Dewan Undangan PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon.
Kok dan penyokongnya membuat sebanyak 7 laporan polis di Kuala Lumpur semalam dan meminta polis untuk mengambil tindakan terhadap badan tersebut tentang ugutan mereka.
Peguam juga mengkritik ketiadaan tindakan polis semasa protes itu berlaku, dengan berkata mereka tidak sepatutnya menunggu untuk laporan polis oleh mangsa sebelum menyiasat insiden itu.
"Mereka perlu proaktif dalam situasi sebegini. Mereka perlu mencantas situasi tegang antara kaum dan agama sebelum ia di luar kawalan," Datuk Baljit Sidhu berkata kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Zahid juga mendedahkan terdapat lebih 300 laporan polis terhadap Kok atas video beliau.
"Kami sudahpun memulakan siasatan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang perkara ini.
"Kami akan mengumpul kesemua laporan yang diterima daripada NGO tersebut dan meneliti perkara ini."
No comments:
Post a Comment