Laman sosial Twitter menjadi panas semalam apabila kesabaran Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sampai ke kemuncaknya.
Tuduhan Lim Guan Eng bahawa Datuk Rahman Dahlan menyokong pembakaran Bible menaikkan kemarahan beliau sehingga Datuk Rahman Dahlan menulis, "I see you in court".
Nampak gaya buku sudah bertemu dengan ruas. Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritikya. Sekarang giliran beliau sudah tiba. Adalah diharapkan Datuk Rahman Dahlan bertegas membawa Setiausaha Agung DAP itu ke mahkamah.
Lim Guan Eng sekali lagi bertindak di luar batasan. Dia telah memutarbelitkan kenyataan dan menempelak rencana saya mengenai perpaduan nasional menerusi twitter, dengan mengulangi dakwaan yang saya kononnya menyokong pembakaran kitab yang mangandungi kalimah Allah.
Saya sudahpun menjelaskan pendirian saya mengenai isu berkenaan secara spesifik dan berfakta, tetapi seperti biasa pihak DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara.
Adakah ini kepimpinan pembangkang yang berwibawa yang diperlukan oleh rakyat?
Enough is enough. Cukup-cukuplah. Saya sudah lama bersabar tapi setiap orang ada limitasinya. Saya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Guan Eng. Saya tidak mahu isu ini dijadikan modal pembangkang dalam PRK Kajang. Inilah sebabnya mengapa Guan Eng perlu disaman supaya dia berhenti menyebarkan fitnah.
Mungkin tindakan ini akan mendedahkan tembelang sebenar DAP kepada rakyat.
MKP ayat Sempoi : Kita tengok kali nie berjayakah saman dijalankan. MKP cuma risau nanti ada pulak yang buat onar seperti Kes Saman UMNO terhadap Tian Chua,,,,, Siap boleh Kira pintu belakang....
No comments:
Post a Comment