RAPID

Thursday, February 27

MANGSA LEMAS DI BULUH KASAP SEGAMAT DAPAT HAJI PERCUMA DARI @NajibRazak @Azeezputera


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyumbang RM10,000 kepada setiap keluarga lapan remaja yang menjadi mangsa di dalam kejadian lemas di Sungai Muar, Segamat minggu lepas.

Beliau yang juga Presiden UMNO  diwakili oleh Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang melawat keluarga terbabit di Segamat.

Menurut Abdul Azeez, Perdana Menteri turut bersetuju membiayai upah haji (badal haji) ke atas semua mangsa yang akan dikendalikan oleh Tabung Haji pada musim haji di antara Julai dan Ogos tahun ini.

"Saya sudah meminta izin daripada keluarga mangsa, mereka terharu dengan sumbangan Perdana Menteri dan mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan beliau," katanya.

UMNO, menurut beliau, akan menanggung kos upah haji yang dianggarkan RM3,000 bagi setiap mangsa.

Abdul Azeez yang juga merupakan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO  berkata, sumbangan terbabit menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kejadian yang menimpa keluarga mangsa dan berharap ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga.

Walaupun tragedi itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarga, tetapi beliau mahu masyarakat mencontohi semangat setiakawan kelapan-lapan mangsa itu yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan rakan mereka.

Di dalam kejadian itu, lapan remaja yang berusia di antara 13 hingga 16 tahun mati lemas selepas usaha mereka untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka yang menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai itu gagal.

Kesemua mereka yang merupakan rakan karib sejak kecil tinggal di Taman Mewah, Buloh Kasap dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.

1 comment:

Anonymous said...

Membantu sesama saudara seagama memang dituntut. Berkasih sayang dan bersimpati kepada yang malang juga pekerti mulia.
Apabila ia melibatkan soal ibadah ia perlu diperhalusi. Kebelakangan ini hadiah mengerjakan haji dan badal haji makin kerap kita dengar. Cuba ingat balek apa ustaz kita ajar tentang ibadah haji, kewajibannya, syarat dan hukum? Bantulah dengan kaedah yang sesuai. Jangan disebabkan sikap sambil lewa hal agama dan lebih pentingkan publisiti murahan maka agama suci kita dilihat oleh orang lain begitu pincang lalu kita gagal berdakwah, iaitu memperlihatkan keindahan islam sebenar...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive