RAPID

Saturday, March 1

UMNO PULAU PINANG BOIKOT PERASMIAN JAMBATAN KEDUA @DzainalAbidin @NajibRazak @ReezalMerican @RRAFIZAL


Akhbar berbahasa Cina hari ini menyatakan bahawa UMNO Pulau Pinang akan memboikot majlis perasmian jambatan itu oleh Perdana Menteri hari ini kerana tidak mahu melihat Najib berkongsi pentas dengan musuh UMNO iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Gua Eng.

Apa punya tomahan tahap dewa yang telah dibuat oleh akhbar penyokong tegar DAP nie. Nak kata kurang cerdik depa nie pandai tapi dah terlalu banyak sangat makan duit dari Ketua Menteri Paling Celaka di Dalam Sejarah Pulau Pinang sehingga sanggup menfitnah tanpa Fakta yang sebenar.

UMNO Pulau Pinang tidak akan memboikot majlis perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang esok kerana itu adalah projek Kerajaan Persekutuan jadi tiada sebab itu mereka membantah kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, setiap UMNO bahagian negeri ini akan menghantar ahli mereka antara lima hingga 10 bas ke majlis berkenaan.

UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang diketuai oleh Musa sendiri akan menghantar lima buah bas penyokong selain BN Bukit Mertajam akan turut menghantar dua buah bas.
Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Negeri, Rafizal Abd Rahim pula berkata keputusan jawatankuasa penyelarasan yang telah diadakan memutuskan seramai 5,000 orang akan di bawa dari Seberang Perai.

Di bahagian Pulau pula seramai 3,000 orang dijangka akan dibawa dengan menaiki bas untuk menghadiri majlis perasmian bersejarah oleh Perdana Menteri.

"Mesyuarat yang akan diadakan pada malam ini adalah mesyuarat penyelarasan mengenai persiapan sambutan dan perkara yang berkaitan dengan program tersebut.

"Oleh kerana itu tidak timbul langsung isu memboikot sepertimana yang didakwa oleh sebuah akhbar bahasa Cina seperti mana yang dilaporkan.

"Projek ini adalah projek Kerajaan Persekutuan, tiada sebab untuk UMNO Pulau Pinang membantah kehadiran Perdana Menteri bersama pimpinan yang lain, sedangkan segala persiapan telah pun dibuat bagi majlis tersebut sejak awal lagi, " kata Rafizal lagi. 

1 comment:

Anonymous said...

ini projek bukan retorik punya. mai pakat2 sokong umno bn penang. hidup najib. cuma tak tau bila bn dpt rampas balik penang. aku sokong penuh penang dikembali pd kedah.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive