exponegaraku

Thursday, March 20

#MH370 JURUTERBANG DAH BUAT TERBAIK......


Sekiranya objek tidak diketahui yang dikesan pada imej satelit oleh Australia adalah MH370, ia menunjukkan juruterbang telah sedaya upaya melakukan soft-landing kerana pesawat tersebut tidak terhempas daripada paras yang sangat tinggi.

Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, saiz objek sebesar 24 meter itu berkemungkinan datang daripada sayap pesawat berkenaan.

"Jika benar objek tersebut datang daripada MH370, ia mungkin sayap pesawat berkenaan kerana mana-mana pesawat yang terhempas daripada paras yang tinggi pastinya berkecai dan tidak mampu menghasilkan objek sebesar 24 meter.

"Ini menunjukkan juruterbang telah cuba melakukan soft landing kerana pesawat terhempas pada ketinggian yang rendah,” katanya ketika ditemuramah Astro Awani hari ini.

Pesawat Boeing, BBB777-200 ER itu berukuran 63.73 meter.


Tambah Ahmad Samuri, penemuan tersebut memberi harapan baharu kepada operasi pencari dan penyelamat (SAR) walaupun objek berkenaan masih belum dapat dipastikan sama ada mempunyai kaitan dengan pesawat milik syarikat penerbangan nasional, Malaysian Airline System Berhad (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Tambah beliau, dengan aset-aset yang sudah dikerahkan ke kawasan sekitarnya, kemungkinan besar keputusan atau butiran lanjut mengenai objek berkenaan dapat diketahui dalam tempoh sejam atau dua jam lagi.

Cuma operasi pencarian mungkin menghadapi kesukaran kerana kawasan tersebut adalah sangat besar.

Penemuan imej satelit yang menunjukkan terdapat dua objek terapung dikesan 2,500 kilometer di barat daya Perth, Australia pagi tadi disifatkan oleh Pengurus Besar Jabatan Respon Kecemasan, Australian Maritime Safety Authority, John Young sebagai petunjuk terbaik setakat ini.

Pesawat MH370 yang berlepas daripada Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 12.41 pagi, Sabtu, 8 Mac  sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama namun telah terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara kira-kira jam 1.19 pagi ketika berada di sempadan udara Malaysia-Vietnam.

Pihak berkuasa Malaysia mengesahkan pesawat berkenaan telah sengaja dilencongkan daripada destinasi asal namun masih kabur sama ada ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas ataupun rampasan


1 comment:

Anonymous said...

Tapi kenape dia tak mendarat dekat dengan Malaysia ye? Senang sikit orang jumpa.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive