Namun begitu keadaan menjadi kelam kabut apabila lelaki tersebut telah memecahkan sebiji telur di tapak tangan Teresa di hadapan hadirin yang membanjiri padang awam itu.
Wakil Rakyat DAP itu kemudian telah dibawa keluar dari tempat kejadian oleh sekumpulan pengawal keselamatan. Belliau kemudian diiringi penganjur sehingga ke surau Taman Cermai untuk membersihkan diri.
Menurut penganjur, mereka tidak menduga lelaki tersebut akan meluru ke arah Teresa kerana ia hanya muncul ketika Ahli Parlimen tersebut selesai menyampaikan ceramah dan mengambil tempat untuk duduk.
Teresa ketika berucap turut menyatakan ada usaha sesetengah pihak untuk menamparnya apabila adanya tawaran sehingga RM1200 oleh NGO Islam berikutan isu klip video beliau sempena Tahun Baru Cina dipertikaikan.
Sejak itu, katanya beliau telah membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadap pihak yang membuat ugutan terhadapnya.
No comments:
Post a Comment