Tuesday, March 18

VIDEO : PARLIMEN BERGADUH PASAL.......? #MH370 #PrayForMH370


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan dirinya mengenali ‘bomoh VIP’, Ibrahim Mat Zain sebaliknya menekankan bahawa pengikut bomoh berkenaan berasal dari Pokok Sena.

Beliau turut menyatakan kekhuatirannya berhubung dua pengikut bomoh yang melalukan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad lalu mungkin murid kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.


“Saya tidak kenal langsung orang itu, dia memang kenal saya macam saya kenal Pokok Sena, tetapi salah seorang yang dayung dan pegang kelapa itu daripada Pokok Sena, boleh semak tentang itu, saya khuatir guru dia adalah Ahli Parlimen Pokok Sena.

Zahid…turut jelaskan isu pasport MH370

“Bila saya kata saya tidak kenal, maka saya memang tidak kenal, sebagai ahli politik, musuh yang di luar kita tak nampak,” katanya menjawab kepada pertanyaan tambahan yang diutarakan Mahfuz berkenaan bomoh berkenaan.

Ibrahim sebelum ini mendakwa bahawa beliau mengenali Naib Presiden UMNO itu sebagai guru silat beliau namun dinafikan oleh Zahid sendiri di dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz yang bangun mencelah ketika sesi soalan lisan sengaja cuba memalukan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, kena berhati-hati bercakap dengan Zahid kerana statusnya sebagai kalifah silat dan ‘takut kena tampar macam buaya’.

Ternyata sindiran Ketua Penerangan PAS itu memakan diri sendiri dengan jawaban Zahid mengenai dua pengikut Ibrahim yang berasal dari Pokok Sena.

Dalam perkembangan yang sama, Zahid turut menjelaskan berkenaan dua penumpang pesawat MH370 yang memegang pasport bukan milik mereka.

Menurut beliau, dokumen perjalanan itu adalah asli dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kes terbabit melibatkan empat orang pegawai Imegresen Malaysia.

“Untuk maklumat ada 40.2 juta pasport yang hilang, dua pasport yang digunakan oleh dua warga negara Iran itu bukan pasport palsu, itu pasport yang asli.

“Dan tidak benar jika pasport itu palsu, pasport itu adalah dokumen yang sebenarnya.

“Tetapi saya telah memanggil dua pegawai imegresen yang menjaga kaunter itu ketika mereka masuk dan dua lagi ketika mereka keluar, dan saya telah melakukan siasatan dalaman, saya tidak mahu memberikan maklumat ini sekarang tapi, dalam masa penggulungan nanti saya akan dedahkan,” jelasnya.

Menjawab soalan lain, Ahmad Zahid juga berkata hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, beberapa pusat bahasa yang kononnya menawarkan kemudahan belajar Bahasa Inggeris telah ditutup kerana menyalah guna pas pelajar untuk bekerja.

“Siasatan rapi mendapati pelajar-pelajar ini akan dapat pas pelajar namun akan diberikan kerja di tempat lain dan bukannya belajar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, sebanyak 117,833 orang pemegang pas pelajar antarabangsa aktif sehingga 31 Disember lepas dan kemasukan mereka berpandukan tawaran belajar dan kemampuan institusi pendidikan swasta untuk mengendalikan pelajar antarabangsa.

Sementara itu, katanya sebanyak 5,217 kes tinggal lebih masa dan sebanyak 57 kes salah guna pas telah dikendalikan Jabatan Imigresen bagi tempoh 2010 hingga 2013.

Bagi tempoh yang sama, Polis Diraja Malaysia merekodkan sebanyak 40 kes di bawah kategori jenayah kekerasan, 31 kes menurut kategori jenayah harta benda, 505 kes mengikut Akta Dadah Berbahaya, Akta Racun 1952 dan 1,403 kes jenayah komersial, katanya. -bnbbc.my

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive