Pelbagai spekulasi tersebar susulan peristiwa pesawat MH370 yang hingga kini belum dapat dipastikan keadaannya.
Para wartawan yang berkumpul di Hotel Sama-Sama, KLIA mendapat khabar bahawa keluarga penumpang pesawat MH370 diminta datang ke lapangan terbang sambil membawa bersama pasport mereka untuk dibawa ke Vietnam.
Sebelum ini berita menyatakan pesawat MH370 terhempas di Selatan sebuah pulau di Vietnam disahkan Pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn dalam sidang media jam 3 petang tadi, sebagai tidak benar.
Bagaimanapun menurut sumber, para waris sememangnya sudah dihubungi dan diminta datang ke KLIA sebelum jam 6 petang ini bersama pasport untuk diatur penerbangan mereka ke Vietnam.
Sebentar lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan akan mengadakan satu sidang media berkaitan.
No comments:
Post a Comment