Wednesday, March 12

TERKINI : RAKIT KESELAMATAN DITEMUI..... #PrayForMH370 MalaysiaAirlines


Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.

Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.

Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.

BACA SETERUSNYA KLIK

MKP berharap dan berdoa semoga semoga kapal terbang MH370 segera ditemui. Ianya bakal mengungkai segala persoalan yang bermain difikiran rakyat Malaysia. Ramai yang membuat spekulasi dan bermacam andaian. Jangan menyebarkan berita yang kurang pasti dan tidak sah. Harap semua rakyat Malaysia berkerjasama didalam isu ini. Ianya melibatkan ramai pihak yang terlibat emosi ahli keluarga perlu dijaga. Bayangkan anda ditempat mereka yang kehilangan ahli keluarga. Fikir-fikirkan demi kebaikan bersama.....

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive