RAPID

Friday, March 21

"SAYA JUMPA #MH370 DILAUTAN.............. #HOPE #PrayForMH370


Raja Dalelah Raja Latife, 53, rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Beliau menaiki pesawat penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

“Saya nampak macam kapalterbang. Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor dan ibu kepada 10 anak, menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.

"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Raja Dalelah sebaik sahaja tiba di Malaysia dari umrah. 

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.
Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.

Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis,"katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak setinggi ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.

Dipos oleh APT.

3 comments:

Anonymous said...

Pada yg selalu naik MasWing boleh la cerita ternampak objek kat mana2...Aku rasa kakak ne tengok dalam mimpi la..sama macam bomo kelapa.Biasanya pesawat2 yg beso2 akan terbang pada ketinggian 35,000 kaki...pada paras tsb yg nampak hanya awan..dan kelihatan awan pun macam padang pasir..rata je...tak pun kakak ne punya mata bionik...haaa

Anonymous said...

Anon ngok, makcik tu baru balik dr Mekah, kerjakan ibadah Umrah.. jgn pandang rendah hanya semata2 ko percaya dgn teknologi dan media barat.

Makcik ni lihat jelas, kapal separuh tenggelam, tidak kah ko pikir ia mungkin petunjuk yg Allah buka buat makcik ini yg baru pulang dr tempat suci..hati masih bersih.. trbuka hijab sehingga nampak.. org lain tk nampak..

cuba positif dgn saksi2 mcm ni.. kita tk tahu siapa yg betul. sikit2 data radar, imej satelit.. dh failed tp masih bertuhankan setelit dan radar sehingga semua mata saksi manusia dinafikan..

Aku yakin makcik ni lihat sesuatu yg ada kaitan.. mana tahu Allah berinya kelebihan.. lepas pulang dr Tanah Suci..

Anonymous said...

Nasihat Kat mangkuk ayun diatas tu,buang masa saja,Dia mana tau tentang hijap ka atau kashaf.jenis tak Mengaji kitab tp tunjuk pandai kononnya.nasihat saya lepas baca ni pi Cari tok guru n ngaji.jgn tunjuk kejahilan kita sgt .OK bro,wa chau dulu.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive