RAPID

Saturday, March 15

WAN AZIZAH LEBIH CINA DARI CINA #KAJANG #WAWI4Kajang


Pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memberi kemenangan kepada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) Mei tahun lalu kerana mereka yakin dan percaya dengan tsunami politik yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun pengundi Cina sedar dengan memberi undi kepada calon pembangkang menyalahi prinsip, tetapi disebabkan janji yang ditabur oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk memberi taraf dan keistimewaan sama rata, masyarakat itu terpaksa membelakangkan apa yang dikatakan pendirian masing-masing.

Ini didedahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang sempat selama hampir dua minggu turun ke Kajang dalam usahanya mendekati masyarakat Cina dan India, sebaik mengumumkan akan turut bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan.


Bagaimanapun, beliau yang menarik diri dua hari sebelum hari penamaan calon pada 11 Mac lalu selepas mendapati Anwar tidak layak bertanding kerana didapati bersalah dalam kes liwat II berkata, Barisan Nasional (BN) perlu mencari kaedah untuk menarik semula sokongan masyarakat Cina ini.

Katanya, PR berjaya menanamkan rasa benci dan marah kaum Cina kepada BN terutama beberapa institusi kerajaan seperti polis dan kehakiman berikutan keputusan yang tidak memihak kepada Anwar dalam kes liwatnya Jumaat minggu lalu.

“Orang Cina Kajang mengundi Anwar (PR) pada PRU tahun 2013 kerana mereka menyangka bahawa tsunami politik yang besar akan berlaku. Malangnya ia tidak menjadi kenyataan. Di sini mereka kecewa dengan Anwar, tetapi masih tidak yakin dan percaya kepada BN.

“Itu yang mereka katakan kepada saya ketika bersama mereka di Kajang selama hampir dua minggu. BN harus mengambil kesempatan ini untuk memujuk mereka dan mendengar sendiri apa yang mereka mahu,” katanya.

Zaid yang juga bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan menaruh harapan masyarakat Cina termasuk lebih 4,000 kaum India di DUN berkenaan beralih corak prinsip dengan memberi kepercayaan kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Namun, katanya, BN perlulah bekerja kuat mendekati kaum sendiri kerana hanya mereka yang boleh memujuk dan menyejukkan hati sesama sendiri serta jangan bersikap sombong ketika pengundi dalam keadaan merajuk.

Beliau turut mengingatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melihat dakyah pembangkang cuba menyabitkan hakim-hakim yang dibeli oleh kerajaan bagi menetapkan keputusan bersalah ke atas Anwar.

“PM mesti melihat trend menyalahkan institusi kerajaan yang digunakan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat ini sebagai suatu yang serius. Tindakan perlu diambil bagi melindungi integriti institusi kerajaan seperti polis dan kehakiman.

“Walaupun pembangkang tidak mempunyai bukti jelas akan campur tangan kerajaan berhubung kes liwat itu, tetapi mereka berjaya meyakinkan rakyat, terutama masyarakat Cina yang begitu taasub kepada Anwar,” katanya.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive