RAPID

Thursday, March 13

SATELIT CHINA PULAK JADI MISTERI..... #PrayForMH370


Sebuah satelit China yang terlibat dalam mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airline System Berhad (MAS) yang hilang telah menjumpai apa yang dikenali sebagai 'kawasan kemalangan disyaki di laut' - apabila para pegawai mendedahkan imej-imej yang mereka sifatkan sebagai tiga 'objek terapung besar' di Laut China Selatan.

Perkembangan terkini itu didedahkan pada hari kelima operasi mencari pesawat Boeing, B777-200 yang dilihat selari dengan testimoni seorang pekerja minyak warga New Zealand yang mendakwa beliau menyaksikan pesawat yang hilang itu pada awal pagi Sabtu lalu.

Lokasi imej itu juga merupakan kawasan pencarian asal di bawah laluan asal pesawat tersebut. Perkembangan terbaru itu mungkin menolak teori bahawa pesawat berkenaan berpatah balik ke Malaysia.

Kawasan itu berada kira-kira 140 batu dari kawasan di mana penerbangan MH370 menghantar hubungan radar terakhir.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri China untuk Pertahanan Negara mengumumkan bahawa penemuan imej itu dengan imej imej yang kelihatan seperti tumpuhan minyak di kawasan berhampiran.

Imej tersebut diambil pada 9 Mac - pada hari pesawat itu hilang - namun tidak disiarkan sehingga Rabu.

Terdapat spekulasi bahawa ia berlaku kerana pihak tentera negara itu keberatan untuk berbuat demikian berikutan tindakan menyiarkan imej itu akan mendedahkan keupayaan satelitnya kepada negara-negara lain yang terlibat dalam pencarian MH370.


)

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive