Monday, February 10

TERESA KOK KENA LONDEH SELUAR.........


Ahli DAP yang menerima surat saman RM10 juta daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, hari ini mengemukakan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan Teresa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya ke sini untuk memberi bukti kepada SPRM berhubung (dakwaan) penyelewengan itu selain untuk membersihkan nama saya," kata Danny Leong Eng Tiom kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berkenaan di pejabat SPRM di sini.

Bekas pembantu peribadi Teresa, Tony Tan turut mengemukakan dokumen yang didkwa bukti mengenai penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU-13 oleh bekas majikannya itu untuk tujuan dana DAP.

Leong menerima surat saman itu baru-baru ini kerana mempersoalkan dana kutipan untuk kempen DAP pada PRU-13 lalu berjumlah RM186,000 dipercayai diseleweng oleh Teresa.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao, yang turut hadir mendakwa pihaknya mempunyai 10 lagi bukti penyelewengan dilakukan oleh lima pemimpin PKR dan lima pemimpin DAP.

"Kita masih mengumpulkan bukti yang betul-betul lengkap sebab mereka (PKR dan DAP) boleh 'spin' jika kita beri bukti yang tidak lengkap kepada SPRM," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

tunggu apa lg kalu dah ada bukti.tangkap bw p mahkamah. jika dah didapati bersalah...kurung dalam jel...masa tu baru londeh betoi2.he..he

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive