RAPID

Thursday, February 20

GUAN ENG BAKAL HILANG JAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG


Ketua Menteri Paling Seksis Di Pulau Pinang memang suka buat kenyataan "SYOK SENDIRI". Ianya hanyalah khayalan serta bakal menjadi kepercayaan karut-marut pengikut tegarnya. Kes terbaru semasa pembelian kereta yang dikatakan mendapat potongan harga boleh dikatakan tahap melampau mengundang pihak SPRM menyiasat Guan Eng serta pihak LOWE Motor.

Secara tiba-tiba Guan Eng mengaku dia terlepas dari siasatan yang dijalankan oleh Pihak SPRM namun penjelasan yang didedahkan oleh SPRM adalah sebaliknya. Guan Eng kalau nak PERASAN LEBIH SAMBIL RAMBUT SIKAT TEPI PUN AGAK_AGAKLAH.

http://m.fz.com/content/maccs-clearance-shows-state-clean-guan-eng

KENYATAAN MEDIA: SPRM SEDIA BERI PENERANGAN KEPADA ADUN PULAU PINANG

MERUJUK kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng semalam bahawa beliau keliru antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa SPRM sebelum memutuskan sama ada satu siasatan formal boleh dibuka atau sebaliknya, SPRM akan mengadakan proses mengumpul maklumat apabila menerima maklumat.

SPRM akan mengumpulkan maklumat untuk dinilai oleh Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM), yang akan memutuskan merit sama ada kertas siasatan perlu dibuka atau sebaliknya selaras dengan kehendak undang-undang.

SPRM juga ingin memaklumkan bahawa wujud perbezaan yang jelas antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal.

Memandangkan Ketua Menteri berkata beliau keliru dengan tatacara kerja yang diamalkan oleh SPRM, SPRM bersedia untuk memberi penerangan kepada Ketua Menteri, barisan Exco dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berhubung tatacara kerja siasatan bagi memastikan masyarakat faham atas sistem dan prosedur yang digunakan oleh SPRM.

Berkenaan dengan isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang turut dibangkitkan oleh YAB Lim, SPRM ingin menyarankan bahawa sekiranya mereka masih belum memahami isu tentang siasatan berkaitan laporan audit walaupun telah berkali-kali dijelaskan, perkara berkenaan boleh dibawa ke perhatian Jawatankuasa Aduan Mengenai Rasuah (JKMR), yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen DAP, YB Dr Tan Seng Giau. YB Dr Tan merupakan ahli JKMR, salah satu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Untuk makluman, SPRM akan menyiasat jika ada kes berunsur rasuah ditimbulkan dalam LKAN. Berdasarkan rekod tindakan yang diambil ke atas LKAN, terdapat kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah, disabitkan kesalahan setelah perbicaraan atau tertuduh mengaku salah. Bagi kes-kes yang tidak mencukupi keterangan, SPRM akan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai kerajaan terbabit dan dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan melanggar peraturan dan prosedur jabatan.

Selain siasatan, SPRM juga menjalankan pemeriksaan terhadap amalan, sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang kepada perlakuan Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2007, sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka manakala LKAN 2008 membawa kepada 15 kertas siasatan dibuka, LKAN 2009 (17), LKAN 2010 (11), LKAN 2011 (26) dan LKAN 2012 pula 18 kertas siasatan.

Antara 2006 dan 2011, seramai 23 individu telah dituduh di mahkamah hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM dari LKAN. Sementara itu, 19 individu pula telah diambil tindakan tatatertib. Susulan LKAN 2012 yang dibentangkan pada Oktober dan awal Disember lalu, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka. Kesemua kes telah pun selesai disiasat. Kes-kes berkenaan telah pun dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dan tindakan susulan.

Sebagai langkah jangka panjang, SPRM bukan sahaja memfokus kepada tindakan punitif melalui penyiasatan, tetapi juga melihat aspek penambahbaikan terhadap amalan, sistem dan prosedur melalui khidmat pemeriksaan dan perundingan. Ini bagi memastikan kelemahan-kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diperbaiki.

PESURUHJAYA DATUK MUSTAFAR ALI
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

20 Februari 2014

5 comments:

Anonymous said...

Siapa yang tidak kenal dengan sepak Terajang UMNO senjata mereka SPRM, LHDN POLIS dan lain-lain lagi asal mereka dapat jatuhkan kerajaan yang Ketua Menterinya Bukan Islam, Pairin sudah Kena, Stephen Kanong Lingkan Sarawak pun kena, jadi tidak heranlah SPRM masuk siasat apa sahaja yang dilakukan oleh LIM GUAN ENG. Kenapa SPRM tidak siasat penyelewangan yang jelas seperti laporan audit Negara ?????

Anonymous said...

Bodoh biar la bertempat.MACAI biar berwaktu..mane kau tau SPRM xsiasat penyelewangan laporan audit negara..kau ni ketua SPRM ke?dah tentu semua ade SOP utk bt siasatan..xkn nak hebah2 kot..yg kes ni khalifah kau pergi bukak mulut.so SPRM jwb la..bodoh bertingket-tingket.

Anonymous said...

Barua-barua DAP tak pernah nampak kesalahan DAP terutamanya Melayu yang bangang yang menyokong mereka

Anonymous said...

wahai org melayu...jgn lah jual bangsamu..jgn kerana politik ekstrim..ada bangsa ku yg gamak jilat jubur x basuh lge...jgn sama sekali...ingat...ingat bangsaku...

Anonymous said...

Anon 49 tu mesti cina. Sejak akhir2 ni jelas org cina dah bersatu ini membuatkan aku mementingkan melayu dulu. Buy malay first, buy cina last.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive