Wednesday, February 12

VIDEO ; ANWAR IBRAHIM MENGAKU KALAH.......




Anwar memang pandai mengatur strategi mengalih perhatian namun tindakannya dapat dihidu. Anwar kena ingat sekarang rakyat dah bijak pandai menilai. Nak tipu boleh tapi jangan lebih tiga kali kalau lebih nanti rakyat hilag keyakinan....



 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melalui peguamnya meminta kebenaran mahkamah supaya memanggil semula Jude Blacious Pereira bagi menjadi saksi kes liwat II.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata,pihaknya hanya mahu Jude hadir bagi memberi keterangan semula berhubung kes tersebut.

Hakim Datuk Aziah Ali, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan itu selepas memutuskan Anwar gagal memenuhi syarat Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 berhubung keterangan tambahan.

Aziah berkata, Anwar gagal menyatakan dengan jelas untuk mengenal pasti keterangan yang dimintanya untuk memanggil semula Pereira.

Beliau berkata kredibiliti Pereira dicabar oleh pasukan pendakwaan semasa perbicaraan kes liwat.

Seksyen 61 akta itu menyatakan bahawa pihak yang ingin mengemukakan keterangan tambahan mesti membuktikan bahawa keterangan yang tidak diperoleh semasa perbicaraan utama, perlu relevan dan mempunyai kaitan dalam rayuan.

Bagaimanapun, Aziah membenarkan prosiding ditangguhkan sementara menunggu rayuan atas permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh.

Sebaik mendengar penghujahan kedua belah pihak mengenai usaha itu, Aziah berkata: "Kami bimbang dengan penangguhan berterusan (dalam mendengar kesesuaian merit rayuan)," kata Aziah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive