Thursday, August 25

Menteri H20 diugut?Apa motifnya.



Berita ini cukup menggemparkan,

Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Hussein terima 2 butir peluru hidup dalam sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pukul 2 petang tadi.

H2O seorang menteri yang baik, berhemah budi pekerti, tidak pernah marah atau meninggikan suara pun menjadi sasaran pendengki khianat.

Adakah kerana H2O mendedahkan bahawa kegiatan menjual orang boleh untung RM 5 billion menyebabkan beliau dihadiahkan peluru?

Atau kerana usahanya berjaya menggagalkan perhimpunan bershit 2.0? Atau isu KDN nak saman Mak Lampir.
Harap pihak KDN melalui PDRM dapat menangkap siapa dalangnya? 


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang tadi. 

Beliau berkata, selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku yang diselitkan nota ugutan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam dekat sini, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.
"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru. 

"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau sudah pun membuat laporan polis," katanya. 

Hishammuddin berkata, perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya. 

"Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius. Bagaimanapun ini tidak akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui jawatan yang saya pikul," katanya. - BERNAMA

Dialog anak muda memerangi gejala sosial


Seramai 40 orang sukarelawan SHEB, MBKPj, Yayasan Salam, CCSC dan AADK turun ke padang dan mengedarkan makanan kepada lebih 300 orang golongan gelandangan, penagih, bekas penagih dan anak-anak mereka di Lorong Haji Taib 3. SHEB diketuai oleh Pengerusinya dan juga merupakan Exco Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia sdr Tengku Azman Tengku Zainal Abidin, MBKPj diketuai Pengerusinya,Tun Faisal dan CCSC diketuai Pengurusnya En Raja Azizan Suhaimi. Turut serta dalam program ini adalah Pengarah AADK WP, En Abdul Rahman Hamid, pegawai Ibu Pejabat AADK, Sdr Amir dan Sdr Firdaus, dan Pengacara TV terkenal Datuk AC Mizal.

Wednesday, August 24

Fitnah KDN: Tiga bentuk tindakan menanti ketua wanita PKR


Jangan ingat boleh 'buat-buat lupa' selepas memburukkan nama baik agensi kerajaan. Itu peringantan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kini sedang menimbang bentuk tindakan terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin (gambar) kerana melemparkan tuduhan berat ke atas kerajaan berhubung Program 6P.
Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan beliau wujud "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.
"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan, di sini.
Minggu lepas, Zuraida mendakwa bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.
Zuraida mendakwa kononnya Program 6P adalah muslihat kerajaan untuk mengumpul pengundi bagi pilihan raya umum akan datang.
Mahmood berkata Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.-

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive