Wednesday, April 29

Melayu Tetapi Tak Tahu Adat Resam Orang Melayu.


Baik Suhaimi Sabudin mahupun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, sukar untuk diramalkan siapa yang bakal dinobatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Kedua-dua nama ini yang masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenuhi jadual kempen sejak hari penamaan calon lagi.

Memang kesibukan tidak boleh difikirkan bagi kedua-dua calon ini yang jelas sedang bersaing hebat untuk mendapatkan jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Umum tahu kenapa kerusi Parlimen Permatang Pauh terpaksa dikosongkan dan tak perlulah diulang berkali-kali sebabnya.

Dan tak perlulah juga disebut hubungan Anwar dengan Wan Azizah kerana umum juga telah maklum akan semua hal itu.

Apa yang hendak dibualkan di sini hanyalah pemerhatian sebagai orang biasa ketika melihat kedua-kedua calon utama ini berkempen dari pagi hingga ke malam.

Sebenarnya, memang tidak boleh dinafikan kedua-dua calon ini ada penyokong tegar yang tidak akan sama sekali tergugat untuk beralih angin.

Itu hak mereka sebagai penyokong tegar dan memang sewajarnyalah kedua-dua calon ada penyokong tegar yang akan sentiasa bersama sepanjang tempoh berkempen.

Cuma apa yang tidak sedap dipandang, ketika kedua-dua calon ini berkempen merayu undi, ada juga sesetengah pengundi yang bukan sahaja tidak mahu bersalam, pandang muka calon pun seperti benci yang teramat sangat.

Terfikir sejenak tentang pengundi seperti ini yang hakikatnya tidak pernah kenal rapat dengan calon, jauh sekali mempunyai talian persaudaraan.

Sombong tak bertempat. Itulah ayat yang paling sesuai ditujukan kepada pengundi atau rakyat seperti ini.

Jika bencikan parti yang diwakilinya, adalah tidak wajar membenci calon.

Paling menyedihkan, rakyat yang sombong tak bertempat ini adalah orang Melayu tetapi tak tahu adat resam orang Melayu.

Salam tak bersambut, risalah yang dibawa calon tak diterima. Apa inikah sikap orang Melayu yang sering mendahulukan adab dan sopan lebih-lebih lagi kedua-dua calon adalah orang Melayu yang beragama Islam?

Nak cakap pun susah sebab itu hak mereka untuk membenci calon.

Nak nasihat pun payah sebab mungkin rakyat seperti itu antara pelajar cemerlang di universiti.

Namun di sebalik kepandaian yang ada, wujudkanlah sedikit perasaan hormat sesama manusia.

Walaupun bukan penyokong parti yang dibawa calon, tak perlulah ditunjuk kebencian itu di khalayak ramai.

Sambutlah salam mereka dan terimalah risalah yang dibawa.

Kalau suka simpan, kalau tak suka buang waktu calon sudah beredar.

Itu adalah budaya kita sebagai orang Melayu.

Darah orang politik mungkin tak sama dengan orang bukan kaki politik.

Sebabnya, mereka sedia terima apa sahaja cacian dan hinaan.

Kalau muka dikatakan setebal tembok pun, orang politik tidak akan tersentuh hati.

"Saya dah biasa dengan keadaan begini malah lebih teruk daripada ini pun pernah saya lalui. Setakat tak mau bersalam atau pandang muka, itu adalah asam garam orang berpolitik. Muka kena tebal,” kata Suhaimi.

Betul kata Suhaimi tetapi bagi orang yang tak biasa melihat keadaan seperti itu, apa yang terlintas di fikirannya adalah biadap dan terlampau kesombongannya manusia seperti itu.

Sunday, April 26

SELAK KAIN DEMI JAWATAN TETAPI MARUAH DIMANA.........?


Kalau tidak kerana ada rangsangan daripada ahli-ahli PAS sendiri, tidak mungkin Lim Guan Eng dan konco-konconya berani dan tergamak menggelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seorang pemimpin yang tidak bermaruah.

Tidak mungkin pemimpin DAP itu berani menyinggung perasaan ramai rakan karibnya dalam PAS yang hampir sahaja berjaya menumbangkan Barisan Nasional dan memerintah Malaysia.

Sehubungan itu jika bukan kerana diuja pandangan kritikal pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dalam PKR, tidak mungkin juga Guan Eng berani mengkritik Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia itu dengan begitu pedas sekali.

Lantaran pandangan sinis terhadap kepemimpinan Hadi oleh puak-puak politikus Melayu-Islam inilah maka rasa hormat dan semangat mahu bekerjasama dengan PAS, khususnya ulama, tiba-tiba malap dalam jiwa DAP.

Keberanian dan sikap galak DAP terhadap Hadi itu bukanlah satu keputusan  melulu. Ia disemarakkan oleh keyakinan jika Hadi tidak lagi memimpin PAS, maka DAP akan melayari gelombang politik Malaysia dengan lebih selesa.

Jika Hadi tiada, golongan profesional, PKR dan DAP lebih senang berurusan

DAP parti pragmatik. Ia senang berurusan dengan pemimpin Melayu-Islam yang berfikiran terbuka dan liberal dalam soal agama. Lantas jika Hadi “dinyahkan” dari PAS,  sudah tentu kerjasama dengan PKR dan PAS lebih nyaman.

Sebab itu DAP tidak segan silu menjadi mikrofon politik bagi puak-puak progesif dalam PAS untuk “mencerca” Hadi dan geng ulamanya. Namun penyokong Hadi tidak histeria dengan serangan terhadap maruah presiden mereka.

Berpandukan akhlak mukmin mereka memilih masa dan tempat sesuai untuk memberi reaksi terhadap “penghinaan” terhadap presiden mereka.

Penyokong Hadi dapat membaca bahawa serangan terhadap usaha PAS melaksanakan hukum hudud sebenarnya hanya alasan untuk “mengizinkan” DAP menyerang Hadi.

Walhal sewajibnya geng progresif menggandakan usaha menerangkan apakah sebenarnya hukum hudud pada semua pihak terutama DAP. Sebaliknya mereka membatu bila Hadi diserang.

Mereka berkira ini akan mempengaruhi trend pemilihan dalam muktamar akan datang. Mereka mahu ahli akar umbi berasa malu jika mereka berpresidenkan seorang yang dikatakan tiada maruah. Bagaimanapun sifir mereka meleset.

Sememangnya sebelum muktamar 2013 lagi mereka mahu menjatuhkan Hadi. Bagaimanapun tiada calon yang berani melaksanakan cabaran itu. Mereka berkongsi pandangan DAP dan PKR bahawa Hadi punca kemerosotan kerusi PAS di Parlimen dan kalah di Kedah.

DAP dan PKR berdendam Hadi enggan merestui kempen bahawa Anwar Ibrahim bakal dilantik perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum lalu hingga menyebabkan pengundi kurang yakin memberi sokongan.

Memang Hadi dan ulama PAS keberatan merestui Anwar kerena dikatakan “curiga” integritinya. Namun sebagai ulama, PAS enggan memperbesarkan isu itu dan mencadangkan isu itu diselesaikan selepas keputusan PRU 13 diketahui.

Geng profesional melihat Pakatan Rakyat adalah gerbang kuasa. Bagaimanapun Hadi dan geng ulama menganggap pakatan itu hanya kerjasama politik untuk meluhurkan pengurusan kuasa, tidak kira di tangan siapa.

Lahirnya sebuah NGO yang konon menyokong PR iaitu PasMa

Geng profesional PAS dan pemimpin PKR sudah terlalu taksub dan mabuk kuasa. Sebaliknya Hadi masih bertaut pada qada dan qadar Allah. Ini membuat geng profesional yang yakin kuasa boleh diperolehi melalui kepintaran strategi dan kegesitan politik agak hilang sabar dengan Hadi.

Sementara itu DAP pun menjadi lebih galak apabila menghadapi kemungkinan akan dapat sokongan parti politik Melayu-Islam baru tanpa diserabuti geng ulama PAS. Maka tercetuslah idea PasMa.

Namun geng ustaz dapat membaca bahawa PasMa hanya umpan dan isyarat kepada penyokong geng profesional bersedia meninggalkan PAS selepas Muktamar Jun nanti jika gagal menumbangkan Hadi dan ulama.

Mereka menyusun kabinet dalam parti politik sedia berdaftar yang akan diambil alih. Strategi ini pernah digunakan penyokong Anwar Ibrahim ketika mahu menyertai politik. Mujahid Yusuf Rawa ditimang-timang memimpin parti ini.

Penyokong Hadi pun faham silat politik. Dalam keadaan PKR bertarung mahu mempertahankan kewujudannya di Permatang Pauh, mereka menuntut PKR memohon maaf kepada PAS kerana mencerca langkah hudud mereka.

Malah PAS Permatang Pauh memfatwakan tidak boleh menyokong pihak yang menentang pelaksanaan hukum hudud. PKR masih enggan. Jika mohon maaf mereka khuatir mereka sendiri pula dianggap tidak bermaruah.

Keputusan Pilihan raya Kecil Permatang Pauh adalah kecil kesannya pada masa depan politik PAS. Ini kerana PAS kini memang sedang cuba dirobek oleh ahli-ahlinya yang haloba kuasa. Ia juga dikeroyok oleh muslim PKR.

Yang penting ulama PAS insaf dan terpanggil mendedahkan siapa sebenarnya musuh perjuangan Islamnya.

Friday, April 17

@cmlimguaneng SEDAPKAN HATI KRONI LAGI...........?


Sebelum ini sibuk nak buat Terowong Dasar laut namun sehingga sekarang tak nampak pun batu tanda yang menampakkan Terowong bakal dibina. Projek yang bakal dibina ini hanya mengujakan Rakyat Pulau Pinang namun itu semua hanyalah Janji Kosong.... Cakap Tak serupa bikin Ketua Menteri paling Celaka di Pulau Pinang ini.



Ketua Menteri Paling Malang di Pulau Pinang lari menikus apabila wartawan tanya soalan....Berani kerana benar takut kerana salah....
Posted by Matkilaupenang on 16hb April 2015

Tidak ekonomi, tidak sesuai dilaksanakan dan tidak mampan. cadangan menjadikan kereta kabel sebagai pengangkutan awam adalah sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan.

Kos pembinaan kemudahan kereta kabel sudah tentu tinggi dan harga tiketnya juga akan menjadi mahal.

Keadaan ini bermakna orang ramai tidak akan memilih kereta kabel sebagai pengangkutan awam.

Orang ramai mungkin memilih menggunakan kereta kabel pada awalnya, tetapi mereka akan tukar cara pengangkutan lain selepas itu kerana tidak mahu menanggung harga tiket yang mahal.

MKP mencadangkan daripada membina kereta kabel, kerajaan Pulau Pinang sebaliknya dicadangkan menaik taraf kemudahan feri sedia ada.

Tambang feri cuma RM1.40, kenapa tidak menambah baik kemudahan ini?

MKP juga tidak bersetuju kereta kabel dijadikan satu produk pelancongan di Pulau Pinang.

.Pelancong datang ke Pulau Pinang bukannya untuk naik kereta kabel, tetapi mahu merasa nilai kemanusiaan, budaya dan cara hidup yang tenang di sini.

Kat Malaysia dah ada kereta Kabel ini. Hanya sesuai di kawasan berbukit dan Gunung seperti yang kita tahu di Langkawi dan Genting Highland.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan pembinaan kereta kabel yang menghubungkan bahagian pulau dengan Seberang Perai.

Projek itu dijangka dapat mengangkut 1,000 orang setiap jam apabila disiapkan pada 2018.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive