Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.
Pengumuman tentang rasionalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran Indonesia, Singapura dan Thailand.
seterusnya baca disini.
No comments:
Post a Comment