Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya tidak terperdaya dengan dakwaan pembangkang kononnya mereka sudah berjaya memenangi pilihan raya negeri Sarawak hari ini.
Muhyiddin berkata dakwaan yang tersebar di Internet itu adalah tidak benar kerana proses pengundian belum selesai dan masih berjalan sehingga 5 petang ini.
"Ada berita-berita khabar angin oleh pembangkang (kononnya) mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, pakatan pembangkang (telah) ambil alih (kerajaan negeri).
"Ini merupakan satu pembohongan...pengundian belum selesai...undi pun belum dikira," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini. Sebaliknya, kata Muhyiddin, beliau mendapat maklumat bahawa ketua pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak untuk ke London atau Amerika Syarikat. "Kalau dia menang mesti dia tunggu sampai habis, kenapa awal-awal dia tinggalkan Sarawak? Anwar sudah serahkan tugas kepada ketua-ketua mengundi kononnya takut jadi apa-apa," katanya.
Muhyiddin berkata khabar angin seumpama itu hanya disampaikan oleh orang yang terdesak.
"Kita ada tempoh dua jam lagi (sehingga pengundian ditutup)...saya minta rakyat jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu," katanya.
Oppo Enco Clip2 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM799
-
Produk lain yang turut diumumkan hari ini ialah OPPO Enco Clip2. Ia
merupakan fon telinga terbuka dengan rekaan subang generasi kedua selepas
model Clip se...
No comments:
Post a Comment