Presiden PKR itu mengakui menerima pelbagai bentuk cacian selepas dia bertindak mempertahankan suaminya dalam isu kontroversi rakaman video seks.
Malah, katanya, ada di antara mereka turut melemparkan perkataan tidak sepatutnya, kononnya beliau mahu menegakkan benang basah.
"Saya dapat SMS, kata saya muka tak malu. Mereka kata saya tak cakap benar, nak tutup aib Anwar. Saya memang tahu itu bukan Anwar. Saya bercakap perkara yang benar," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mereka yang menghantar kata-kata kesat itu sengaja mahu melemahkan semangatnya agar mempercayai lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar.
“Kenapa mereka perlu psikologi saya dengan mengatakan bermacam-macam agar saya percaya lelaki dalam video itu Anwar. Saya tidak mudah melatah,” katanya semasa berceramah di Taman Setia Bukti, Paroi, di sini malam kelmarin.
Wan Azizah berkata, pada mulanya dia hampir percaya apabila kali pertama melihat lelaki dalam video seks tersebut mirip suaminya tetapi mengubah pendirian kerana terdapat banyak perbezaan.
“Bila saya tengok video itu, saya terkejut lelaki dalam video itu wajahnya mirip Anwar. Tapi bila melihat perutnya, saya lagi terkejut dan yakin itu bukan Anwar,” katanya.
Beliau percaya, isu liwat, video seks, dan pelbagai fitnah dilemparkan kepada Anwar hanya bertujuan untuk menjatuhkan dan menenggelamkan suaminya itu dari dunia politik.
MatKilau Penang Kata:eloklah kak wan semua orang dah tau pasal apa yang dok bela sangat,kalau nak jadi isteri mithali pun bukan ini caranya.
1 comment:
Kita semua bagi Kak Wan tengok klip video sepenuhnya.
Kak Wan sebagai isteri sudah tentulah tahu rupa bentuk zakar Bang Nuar.
Bolehlah dgn pasti mengecam sama ada itu Abang Nuar atau bukan.
Tak usahlah nak berdolak-dalih!
Post a Comment