Tuesday, June 7

MPPP YANG IKUT TELUNJUK DAP,SALAH SIAPA?

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah bahu kiri setelah dirempuh seekor kuda yang ditunggang seorang lelaki di pantai Batu Feringghi di sini, Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, Arina Kirana Azrin turut cedera di paha kanan akibat dirempuh ketika dia sedang bermain dengan kakaknya yang berusia 12 tahun di belakang sebuah hotel.
Kakaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bapa mangsa, Azrin Abdul Razak, 37, berkata anaknya terpelanting setelah dirempuh kuda yang ditunggang dengan laju.
"Ketika saya menghampiri dan memegang Arina, dia berada dalam keadaan separuh sedar," 
Arina dihantar ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Azrin yang tiba dari Putrajaya untuk bercuti bersama keluarganya sejak semalam berkata beliau kesal dan marah dengan kejadian yang menimpa anaknya itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terdapat pihak yang bertanggungjawab.
"Saya kesal dan tidak dapat maafkan mereka. Saya akan ambil tindakan terutamanya terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana ketika kejadian terdapat dua anggota mereka berada di tempat kejadian namun tidak berbuat apa-apa," katanya.
MPPP nie buat kerja hanya ikut arahan Ketua menteri lidah bewak saja klu bab nak roboh kedai melayu depa nie deras buat kerja,tapi klu kerja yang patut depa buat pakai buat keja ala-balai apa punya celaka.MKP menyokong bapa kepada kanak-kanak malang ini buat laporan terhadap MPPP serta kerajaan negeri sekali yang pandai cakap tapi tak serupa bikin.apa punya celaka.
tadi petang ramai pulak penguatkuasa yang ada kat sana pasal kes nie pasti akan menjadi besaq.nak tengok jugak apa riaksi yang bakal dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri, Chow Kon Yeow dengaq kata gelabah pasal kes nie.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive