Friday, July 22

Al-Quran jadi bahan politik

 
Di negara ini, atas kepentingan politik, orang Islam sendiri mula mempermainkan kesuciannya sehingga membenarkan bukan Islam memetiknya sesuka hati. Dan pemimpin Islam menyokong, kononnya pemimpin politik bukan Islam itu sedang berjinak-jinak memahami al-Quran. 

Alasannya, para orientalis juga mengkaji al-Quran untuk kepentingan politiknya. Para orientalis menggunakan al-Quran sewenang-wenangnya bagi membenarkan teori yang mereka cipta bagi menggambarkan situasi masyarakat Islam. Malah, mereka turut membuat tafsiran berdasarkan perspektif sendiri. 

Orang Islam turut terpengaruh dengan metod ini, sehingga ada sarjana Islam yang menggunakan kaedah ilmiah orientalis dalam melakukan tafsiran semula kepada ayat-ayat al-Quran. 

Unsur-unsur yang bersifat kembali kepada ajaran sebenar ditafsirkan sebagai tidak lagi relevan. Pada mereka, konteks al-Quran yang diturunkan kepada usaha membentuk kesatuan kabilah-kabilah Quraisy, perlu dilihat semula. 

Konteks al-Quran kini telah dilupakan sehingga bukan Islam sudah berani memetiknya sebagai bahan kempen politik. Akibat inginkan kuasa, pemimpin agama sanggup menghalalkan penggunaan al-Quran oleh bukan Islam walaupun di luar konteks.. 

Pemimpin politik yang beragama Islam, yang berada sebaris dengan bukan Melayu tidak berani menegur. Perkembangan di Kedah menjadi satu daripada beberapa insiden politik yang menakutkan orang Islam sendiri. Baru-baru ini, apabila cadangan menutup premis 13 jenis hiburan sepanjang bulan Ramadan, bukan Islam bangkit mendesak agar ia diteliti semula. Maka, kerana ingin menjaga persahabatan pemimpin pembangkang di peringkat Pusat sanggup memberikan arahan agar cadangan itu dibatalkan. 

Hal ini menggambarkan pembangkang masih belum menerima dan menghormati pentadbiran pemimpin Islam. Sebaliknya, pemimpin mereka sanggup mencabar pemimpin Pusat agar melaksanakan cadangan itu secara menyeluruh sebelum negeri-negeri yang diperintah pembangkang melaksanakannya. Inilah dualisme politik yang berlaku di negara ini. Kerana tidak berupaya berhadapan dengan rakan bukan Islam, kerajaan pembangkang menuding kepada kelemahan Kerajaan Pusat. 

Kesucian al-Quran perlu dijaga dan untuk membacanya, umat Islam diwajibkan membersihkan diri. Membaca al-Quran pula mestilah dengan tartil, iaitu berdasarkan adab termasuk hukum tajwid dan sebelumnya seseorang itu perlu belajar memahami tanda-tanda yang terdapat bersama cara menyebutnya. Untuk mentafsirkannya, seseorang itu bukan sahaja tahu berbahasa Arab, malah wajib memahami konteks sesebuah ayat itu diturunkan, kerana ia adalah wahyu dan setiap wahyu mempunyai kisahnya . Kita juga memahami sebelum seseorang itu ingin membaca al-Quran dia perlulah beriman kepada Allah dan mempercayai bahawa ia sebuah kitab suci yang penuh di dalamnya pengajaran yang benar bukan boleh dibaca sesuka hati sekalipun oleh mereka yang tidak beriman dan menolaknya. 

Malah meniru dan membacanya untuk mengeliru fahaman umat Islam dan ia seperti mana ditegaskan oleh Saidina Ali kepada kumpulan yang membaca al-Quran dan menyalahgunakan ia : katanya, "Kalimah yang benar dibaca dengan tujuan palsu". Kumpulan ini juga adalah lebih sesat dan berbahaya dari kumpulan Khawarij yang menjadi penentang umat Islam di zaman Saidina Ali Kamarawajhah. 

Untuk mengenali kaum Khawarij ini, mereka menyalahgunakan al-Quran demi kepentingan mereka, sehingga sanggup menggunakan al-Quran (satu ayat) daripadanya untuk menolak hukum Islam dari al-Quran itu sendiri sehingga tindakan tahkim yang diambil pemerintah ditolak dan menyatakan mereka yang menerima tahkim itu sudah kufur dan keluar dari agama Islam. 

Disinilah bermulanya tuduhan kafir-mengkafir sesama umat Islam sehingga hari ini. Kesempatan ini dipergunakan oleh musuh Islam bagi melemahkan perpaduan Islam.

2 comments:

Kulaan Niring said...

Salam perjuangan. Saya telah link blog tuan ke blog saya. Harap dapat follow & link juga blog saya ke blog tuan. Terima kasih.

http://kulaanniring.blogspot.comqua

matkilaupenang said...

salam perjuangan,
blog tuan telah saya pautkan
terima kasih salam perkenalan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive