Friday, July 22

Rakaman CCTV di bangunan Avenue K jawab isu kematian Baharuddin Ahmad semasa demo Bersih


Kematian suami kepada seorang ahli PKR cabang Setiawangsa,Kuala Lumpur  Baharuddin Ahmad dekat KLCC semasa demo haram Bersih juga cuba dijadikan isu sensasi oleh pembangkang dengan mendakwa ia akibat kekejaman polis.
Sedangkan video dari rakaman CCTV di bangunan Avenue K yang terletak di seberang jalan bangunan KLCC di Jalan Ampang - yakni di tempat kejadian jelas menunjukkan tiada semburan gas dan tiada anggota polis di situ.
Dari video itu jelas kelihatan Baharuddin berlari masuk ke dalam bangunan itu bersama peserta demo yang lain semasa polis menyuraikan demo di jalanan sekitar kawasan itu pada petang 9 Julai.
Tidak kelihatan seorang pun anggota polis mengejarnya sampai dalam bangunan itu.
Semasa mula berlari masuk dalam bangunan itu kelihatan dia mengurut dadanya seperti mengalami sakit jantung.
Selepas itu dia lari bersama-sama lain-lain ke dalam bangunan itu hingga tidak kelihatan menerusi CCTV.
"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakwaan itu.
“Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan," kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid semasa tayangan video berkenaan kepada wartawan dan beberapa NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis.
Beliau berkata dakwaan bahawa Baharuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan beliau disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

 "Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Baharuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

Salleh juga menjelaskan beberapa orang yang dikatakan anggota polis berada di tempat Baharuddin rebah dalam bangunan itu sebenarnya adalah anggota polis bantuan di situ dan bukan polis anggota polis biasa yang bertugas menyuraikan demo.-

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive