Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
Wednesday, July 6
Motif Ambiga tetap dipersoal
BERSIH sepatutnya batal terus perhimpunan Sabtu ini
SEMUA pihak patut menghormati dan patuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahad lalu mengenai perhimpunan haram yang akan dianjurkan Sabtu ini dan mengambil langkah serta-merta untuk membatalkannya. Namun, keadaan sedemikian tidak berlaku, sebaliknya Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenavasan serta rakan gabungannya menyatakan hasrat mereka untuk menghadap Seri Paduka terlebih dulu sebelum membuat keputusan. Akhirnya mereka memutuskan untuk mengubah tempat perhimpunan itu ke stadium dan bukan lagi di jalan raya seperti dirancang sebelum ini selepas diperkenankan menghadap Seri Paduka semalam.
Dalam titah khas Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong menyatakan tidak perlu bagi kumpulan haram BERSIH menganjurkan perhimpunan, sebaliknya merujuk kepada perundingan bagi menyelesaikan apa juga kekusutan berhubung proses pilihan raya.
Sepatutnya dari awal lagi Ambiga memohon kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium dan bukannya menganjurkan demonstrasi jalanan yang boleh mengakibatkan keadaan tidak terkawal sehingga mencetuskan kekacauan.
Ketika memberi reaksinya kepada perkembangan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kerajaan bersedia menimbang agar perhimpunan itu diadakan di stadium dengan syarat mereka pergi dengan aman dan balik dengan aman serta memenuhi syarat ditetapkan pihak keselamatan.
Tegasnya jika perhimpunan itu diadakan di stadium dan berlaku sebarang kejadian tidak diingini, pihak penganjur dipertanggungjawabkan atas segala yang boleh dan akan berlaku yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara atau kerosakan harta benda atau pun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera atau lebih buruk daripada itu.
Namun, berdasarkan pengalaman perhimpunan BERSIH 2007, ia mengakibatkan huru-hara di ibu negara dan menyebabkan rakyat terutama golongan peniaga kerugian besar. Banyak juga harta awam mengalami kerosakan.
Sekiranya perhimpunan dalam stadium itu dibenarkan, ia menjadi satu perhimpunan yang julung kali dianjurkan kumpulan haram BERSIH dan kita percaya ia akan menjadi pembuka jalan atau satu trend yang akan ada lagi pihak memohon menganjurkan perhimpunan seumpamanya pada masa depan.
Justeru, penting pihak keselamatan turut mengambil kira kepentingan golongan rakyat yang menentang perhimpunan itu ketika menimbang permohonan kumpulan haram BERSIH untuk mengadakan perhimpunan haram di stadium.
Adalah wajar juga Ambiga dan ahli jawatankuasanya dalam kumpulan haram BERSIH dipertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini yang terbit daripada ucapan beremosi yang disampaikan pada perhimpunan itu sehingga boleh menyebabkan kekecohan.
Sebagai peguam, malah bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga pastinya tahu apa kesan daripada perhimpunan haram terutama apabila adanya penyertaan parti politik dan pembabitan anasir luar seperti yang dikesan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Walaupun perhimpunan itu sudah beralih tempat, rakyat masih boleh mempersoalkan motif Ambiga ketika mula menganjurkan perhimpunan jalanan itu. Sekiranya mereka ingin membantah proses perjalanan pilihan raya, mereka tidak perlu mengadakan perhimpunan secara besar-besaran kerana boleh berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada bila-bila masa.
Laporan akhbar semalam menyiarkan kenyataan Ambiga bahawa BERSIH menjunjung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sokongan Seri Paduka berhubung aspirasi rakyat untuk melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Beliau juga dipetik sebagai berkata BERSIH akan patuh dengan nasihat Seri Paduka supaya diadakan perundingan, ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia.
Usaha mereka sepatutnya menjurus kepada mengadakan rundingan seperti yang dinasihati Seri Paduka dan bukannya meneruskan perhimpunan di stadium.
Kalau pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Pribumi Malaysia (PERKASA) dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sanggup membatalkan perhimpunan yang dirancang itu walaupun UMNO pun boleh menganjurkan perhimpunan lebih besar lagi.
Tetapi kenapa kumpulan haram BERSIH harus menunggu sehingga mereka menghadap baginda sebelum membatalkan perhimpunan haram itu? Tidak memadaikah Titah Khas Seri Paduka itu sedangkan rakyat seluruhnya menerimanya dan memahami bahawa Seri Paduka sememangnya mahukan sebarang perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara seperti itu dihentikan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun berpendapat Ambiga patut membatalkan dulu perhimpunan haram itu sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Kita berharap pihak keselamatan negara akan terus menjaga keamanan dan bertindak sekiranya nampak ada bibit kekacauan, walaupun perhimpunan itu sudah beralih ke stadium atau mana-mana tempat bertutup yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Apapun, akibat kedegilannya, Ambiga sudah mewujudkan perpecahan lebih besar dalam kalangan masyarakat di negara ini dan beliau mesti memohon maaf di atas sikapnya yang angkuh itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong - KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan pergerakan teru...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2011
(1336)
-
▼
July
(141)
- PMRAM telah diharamkan di MESIR,HARAKAH CUBA PUTAR...
- Ucapan Ramadhan Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
- Ucapan Ramadhan Tan Sri Muhyiddin Yassin
- SALAM RAMADHAN
- Gadis 19 tahun hampir diperkosa
- Wanita Malaysia Beruntung,Penduduk Malaysia
- Pelakon Wayang Bershit DiCari.
- Pembangkang cadang aktif tapi UMNO mahu buat ibad...
- Shahrizat sedih kementerian tidak sempat bantu Ashraf
- Ghani Kulit Bagi Seluaq Dalam/Coli Rimau Kat Guan...
- Fitnah PanelPoint SDN BHD kepada PM.
- Blogger DAP Ditahan.Dok Hasut Lagi.
- SPAD kena bertindak...
- PM hentam sikap pembangkang yang ini tak kena …itu...
- HOreeyyy Guan eng Bagi Cuti esok.....?Malaysia kalah.
- Gelombang Merah Sempena PM Pi Guar Chempedak.
- 900 nelayan terima elaun bantuan khas
- Gempar:DAP,Guan Eng Lulus Permit Fun-Fair Bulan Ra...
- PAS nie ada teloq ka?
- Pusat hiburan bertambah di Kedah
- Sumbatkan Saja Beruk Kuning Nie Ke ISA.Tonton Video.
- Azizan belum temui formula terbaik bantu rakyat Kedah
- PAS Pusat tolak guna biometrik,Keputusan bercangga...
- Truth that Cannot Be Covered.
- Aksi ‘sarkas’ penyokong Bersih cemari wacana Wan A...
- Peniaga Pasar Lama Arked MPKB Bantah Pemotongan El...
- Facebook PM, Najib Diserang Pengkhianat!
- 20 ahli PAS keluar parti bantah PAS sokong Ambiga
- Dok Bagi Muka Depa terus ‘berpesta’ nafi dan nafi ?
- PESTA SEPARA BOGEL ACARA RASMI TERBARU PULAU PINANG
- Bukti BN Memang Membantu Rakyat bukan Rasis.
- 60 Penyelewengan PAS
- Guan Eng Salahkan BN.
- The Yellow Shirts Arrive. "The Jewish People Live!!!"
- Akta Sewa Beli 1967 perlu untungkan pengguna
- DAP “Duoble Standard” Beri Kelulusan Projek.
- Pembangkang boleh melalak apa saja, tapi Malaysia ...
- PANAS!! KENAPA PEGUAM PERANCIS DIHALAU BALIK??
- Perhimpunan haram: Bersih tidak menang, BN tidak r...
- BERSIH 2.0 : IMPORT ORANG DARI LUAR MALAYSIA & KL
- Anugerah Kelantan untuk poligami contoh - kahwin b...
- Rakaman CCTV di bangunan Avenue K jawab isu kemati...
- Al-Quran jadi bahan politik
- BERSIH 2.0 - POLIS ZALIM???
- Maruah Mat Sabu Sekupang,Video Panas.!!!!!!!!!
- Maruah Mat Sabu Sekupang!!!!!!!!!!!
- Teoh Beng Hock bunuh diri
- CALONKAN ANJING PUN BOLEH MENANG?
- KENAPA POLIS DIPERSALAHKAN OLEH BERSHIT 2.0.?
- KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERAK KEJAM.
- Perang Siber - Untuk menang PRU13.
- Bom Meletop Di Pavillion, Bukit Bintang
- Roboh Kedai Melayu,Regim DAP Berkebajikan
- VIDEO PANAS:LAYANAN POLIS KEJAM TERHADAP PENYOKONG...
- Arrora Salwa Bukan Seorang Janda
- Polis tunjuk video insiden demo haram Bersih mingg...
- Perang Media Baru Pakatan Rakyat Semakin Tergugat
- Blogger ahli PKR kantoi fitnah Rais Yatim...kena R...
- Apabila DAP bersuara, merunduklah mereka
- DAP&Guan Eng Dah Mulakan Kempen PRU 13 Dengan Wang.
- Video: Shahrizat Jalil Melawat Jenazah Dr Lo' Lo'
- MAT SABU MESTI GILA BILA TENGOK NIE??////
- Hadi Cuba ‘Tegak Benang Basah’
- Anifah Aman Berdepan Dengan Pendemo Kat UK.
- Usaha pihak tertentu semai elemen subversif di Mal...
- Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji'un.. Umum menget...
- TPM Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin di Pasar Chow Kit ...
- PAS Kedah Berkiblatkan DAP.
- Guan Eng Berani??????/Lapor Pada Polis.
- Festival Cheng Ho.! Pas Tipu Peniaga
- Bulan Posa Pun Nak Bershit Jugak.
- Dewan Pemuda PAS Main Wayang DAP VS PAS 2.0 Kedah.
- HUSAM PULAK DAH KANTOI MENIPU.
- Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah
- DAP Cucuk Hidung PAS Kedah.
- VIDEO TERHEBAT YANG KURANG GULA.INI SAHAJA KEJAYAA...
- DAP Desak Azizan Batal Larangan Tutup Pusat Hibura...
- Polis Siasat Tindakan Tian Chua,Patut dikenakan ti...
- Ahli PAS kesal sokong Ambiga
- Pulau Pinang akan isytihar Pilihanraya lebih awal!
- HOSPITAL ISLAM PULAK DAH! KAT PENANG.
- Anwar Reka Cerita Isu Layanan Polis kepada Hadi Awang
- Jangan 'beri muka' kempen berpakaian kuning setiap...
- SAH DEPA DOK PEMBOHONG RAKYAT.
- Ucapan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Di Majlis Pe...
- Khalid Samad Lebih Jambukan Anwar Daripada Hadi.
- MATI HIDUP BALIK:DRAMA TAHAP BANGANG.
- MAT SABUN LANCAR PERANG TERHADAP SPR.
- HARAKAH PENIPU:KENA BAYAQ RM50 RIBU.
- Anwar & Karpal Memang Lidah Bercabang
- MAT SABU PANDAI HANG BERLAKON.
- MAT SABU BERKERUSI RODA PASAL TV3.
- JAMBATAN PULAU PINANG SESAK TERUK GARA-GARA DAP BU...
- Pelajar UMT Hina Lagu Negaraku, Raja dan PM di Fac...
- VIDEO:ANUWAR PATUT TENGOK NIE.
- DAP,PKR PAS +AMBINGAI rosakkan program ekonomi
- AL-FATIHAH,SAPA YG HARUS DIPERSALAHKAN?
- Mudahnya PAS diPerlembukan.
- RAJA DRAMA:ANWAR RAJA KELENTONG.
- SETAKAT INI SAHAJA LIVE DARI MATKILAU PENANG.
-
▼
July
(141)
No comments:
Post a Comment