Saturday, July 16

Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

karpal pernah berkata jika mahu laksanakan hukum hudud langkah mayatnya dahulu,nampak sangat karpal memang anti islam kesian PAS kena cucuk hidung.

DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. 

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang. 

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. 

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya. 

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu. 

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA

1 comment:

hangkedee said...

Tuan Besar Pas+PKR.telah bersuara.Ambik kau.Di Selangor,Hassang terkejut beruk lari bawah periuk takutkan Dapig Isu kilang beer.Di Peneng dicucuk hidung sehingga masjid menjadi kedai Kopi.belum pernah dalam sejarah pilihan raya masjid.Di Kedah MB buat kerja cara Islam buat pusingan U. Umno di salahkan,dik kerna terketar ketar takutkan Tuan besar Dapig...Cuba kita bayangkan ini kalau terjadi kepada negara. Pas hanya menjadi BONEKA dapig bertopengkan jubah dan serban tetapi tersembuyi salib,buddha dan Yahudi di dalamnya.Adakah kita dengan aman beramal ibadat sperti sekarang?.cth.selatan Thai sering berbunuhan.Adakah itu yang Pas +pkr inginkan?.Tepuk dada tanya Iman.Sedih melihat orang melayu sendiri diperbodohkan .pecah dan perintah sedang berleluasa sedang berlaku.cegah sebelum parah.Khas untuk anakanak cucu cicit kita agar mereka tidak mengalami nasib sperti orang melayu dahulu sebelum perang.Di tindas dan di hina.sedarlah wahai orang melayu sekalian.kembalilah kepada jalan Allah semoga kita semua selamat.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive