Friday, August 26

Guan Eng perlu kemukakan bukti,



Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tampil mengemukakan bukti mengenai kejadian membakar pejabat DAP negeri minggu lalu bagi membolehkan kes itu diselesaikan segera.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis memandang serius kejadian itu kerana ia mengundang keresahan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Katanya, buat masa ini belum ada mana-mana pihak tampil memberikan maklumat kecuali keterangan daripada jiran premis berkenaan.

“Jangan buat spekulasi. Kalau dia ada bukti bagi keterangan dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan.

“Kita tidak peduli sama ada yang terlibat dari Umno, DAP atau Pas kerana yang perlu ada pada kita adalah bukti dan keterangan,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pulau Pinang di sini semalam.

Ayub berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan Guan Eng bahawa Umno menjadi punca kepada kejadian membakar pejabat DAP negeri ini di Jalan Talipon pada 18 Ogos lalu.

Guan Eng sebelum ini berkata, pihaknya percaya kejadian yang berlaku terhadap ibu pejabat DAP itu ada kaitan dengan isu keputusan Majlis Fatwa yang melarang masjid dan surau di negeri ini menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh.

Menurutnya, isu itu sengaja dimainkan Umno untuk membangkitkan kemarahan sehingga membawa kepada kejadian membakar pejabat DAP negeri. 




1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

diaorang memang cipa isu sendiri untuk tutup isu mereka tak dpt jawab.

taktik lama.

politik sgt kotor oleh pakatan kotor.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive