Tuesday, August 2

Politik perkauman Guan Eng



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa cuba bermain politik perkauman dengan menuduh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman bercita-cita menjadi Ketua Menteri jika BN kembali memerintah negeri itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan menegaskan, Guan Eng jelas mempunyai agenda tersirat apabila menggambarkan seolah-olah UMNO mahu 'merampas' jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang secara tradisinya dipegang parti komponen BN yang lain. 

''Guan Eng keluarkan kenyataan di akhbar-akhbar berbahasa Cina mengenai perkara ini, memberi gambaran kononnya Datuk Zainal mahu menjadi Ketua Menteri, saya fikir ini satu politik perkauman yang cukup berbahaya. 

''BN negeri tetap berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Menteri datang dari parti komponen BN selain UMNO, malah perkara ini tidak pernah disentuh pun tetapi dia (Guan Eng) sengaja bermain politik perkauman untuk menipu rakyat," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tinjauan mesra BN yang turut dihadiri Zainal Abidin serta kepimpinan BN negeri di Bazar Ramadan Kepala Batas, Permatang Rambai, di sini hari ini. 

Hock Nan berkata, tindak-tanduk Guan Eng itu juga bertujuan untuk menutup segala kelemahan kepimpinannya yang sering dibangkitkan termasuk oleh Zainal Abidin dalam isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive