Tuesday, August 16

Mufti Pulau Pinang,Kenapa Arahan Dibuat Bulan Ramadhan Tidak Sebelum ini.



Kenyataan akhbar Datuk Hassan Ahmad dalam sidang medianya  BACA DISINI menyatakan dengan panjang lebar berkenaan isu bacaan al-quran pada waktu subuh akan tetapi yanf menjadi persoalanya ialah:

Antara persoalan awal yang timbul ialah, mengapakah baru kini Datuk Seri Hassan Ahmad mengutarakan “nasihat hukum” tersebut? Sedangkan amalan membaca Al-Quran di corong pembesar suara di masjid-masjid di seluruh negara sudah bermula sejak puluhan tahun dahulu. Berapa lama Datuk Mufti Pulau Pinang memegang jawatan Mufti Negeri itu? Baru sebulan dua, kah? Apakah keputusan ini ada hubungkaitnya dengan penganugerahan “Datuk Seri” kepada beliau pada 9 Julai lalu?


Di mana beliau bertugas sebelum ini hingga menyebabkan “arahan Rasulullah SAW” ini tidak sampai ke telinga umat Islam di Malaysia? Saya tidak menolak hujah, nas-nas aqli mahupun naqli yang diutarakan oleh Mufti Pulau Pinang. Namun saya pasti ada individu lain yang setaraf ilmu atau lebih tinggi ilmunya berbanding beliau. Mengapa beliau membuat keputusan “unilateral” sebegini?


Saya agak hairan mengapa secara tiba-tiba saja Pejabat Mufti Pulau Pinang mengeluarkan “nasihat hukum” sebegini. Apakah Mufti-Mufti negeri lain terlepas pandang dengan arahan Rasulullah SAW ini? Sekiranya benarlah bagai dikata Datu Seri Mufti, selama ini, para Tok Imam, Bilal, Ahli Jawatankuasa Masjid termasuk siak-siaknya sekali menanggung dosa kerana membenarkan bacaan Al-Quran diperdengarkan melalui corong pembesar suara di masjid masing-masing!


Kenapa saya kata begitu? Ini memandangkan mereka telah melanggar arahan yang jelas diberikan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, tidakkan mereka berdosa melanggar araha tersebut? Sehingga kini, masjid-masjid di seluruh negara masih lagi mengalunkan bacaan Al-Quran dan tarhim menggunakan pembesar suara di masjid mereka, terutamanya di waktu subuh, sebelum masuknya waktu solat subuh. Mereka juga berdosa?


Bagaimana pula pandangan Mufti Besar Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria mengenai isu ini? Selalunya beliau vokal dalam memberikan pandangannya sebagai seorang yang tinggi ilmu agamanya. Namun, saya percaya, Tan Sri Mufti sangat bijak dan berpengalaman untuk tidak menyatakan pandangannya buat masa ini sehingga ijtihad mengenai isu ini diadakan dan disimpulkan. Beliau tidak gemar melakukan tindakan “unilateral” seperti Mufti Pulau Pinang, mungkin.


Kesempatan ini turut diambil oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat. Sebagaimana kita sedari, Dr. Asri sememangnya seorang yang sukakan publisiti dan mengeluarkan fatwa “separuh masak”. Namun, Nik Aziz lebih hebat, beliau selalu menggunakan isu sebegini untuk meraih keuntungan politiknya. Kononnya, dia sajalah yang betul.


Saya secara jujur tidak membantah langsung mengenai perkara ini memandangkan saya tidak mampu melakukan ijtihad memandangkan ilmu agama saya tidaklah sehebat mana. Namun, saya kesal memandangkan perkara yang layak dikategorikan sebagai “bidaah hasanah” ini dilarang dan tidak pula dihukum sebagai “harus”. Seperkara lagi, saya kesal kerana Mufti Pulau Pinang tidak melaksanakan ijtihad secukupnya sebelum membuat keputusan dan mengeluarkan pekeliling kepada seluruh masjid di Pulau Pinang.


Apa yang saya kesalkan sangat ialah apabila perkara bacaan Al-Quran di corong pembesar suara itu dikatakan Mufti Pulau Pinang sebagai “mengganggu”! Benarkah mengganggu? Menggangu tidur orang Islam atau bukan Islam? Saya fikir, tentunya mengganggu orang bukan Islam, bukan? Saya yakin, isu ini tidak tergamak dibangkitkan oleh umat Islam. Secara jujur, saya mahu Mufti Pulau Pinang menjawab persoalan-persoalan berikut…


Nyatakan kepada umat Islam, siapakah yang mengkomplen mengenai bacaan ayat Al-Quran di corong pembesar suara di masjid-masjid Pulau Pinang?

Golongan manakah yang memprotes bacaan tersebut sebagai “mengganggu”, umat Islam atau bukan Islam?

Mengapakah baru kini Pejabat Mufti Pulau Pinang melarang bacaan sebegitu dan tidak dilaksanakan lama sebelum ini?

Mengapakah tidak diijtihadkan dulu bersama para mufti di negeri lain atau berbincang dengan Jakim mengenai perkara ini, dan melaksanakan tindakan unilateral?

Memandangkan Mufti Pulau Pinang mendakwa perkara ini adalah “arahan Rasulullah SAW”, apakah para Mufti di negeri lain yang tidak melaksanakan “nasihat hukum” itu boleh dianggap “melanggar arahan Rasulullah”?

Cuba nyatakan secara jujur dan ikhlas, adakah Datuk Seri Mufti menerima tekanan dari mana-mana pihak yang mungkin mendesak Pejabat Mufti untuk mengeluarkan arahan sebegini?


Saya minta Tuam Sahibus Samahah menjawab persoalan saya yang jahil dan keliru ini. Saya enggan menyentuh mengenai Nik Aziz yang menyatakan “bacaan Al-Quran itu bising”. Dia bukan ulama, dia ahli politik yang mempergunakan agama. Sedangkan ini soal agama Islam yang suci. Mohon pencerahan untuk membetulkan keadaan ini. Dan tolong jangan katakan bahawa Mufti terpelihara dari melakukan kesilapan dalam melakukan kewajipannya. 

2 comments:

Esperalzi said...

Time is of the essence...pepatah Inggeris, lebih kurang bermaksud 'masa itu adalah intipati'. Point saya ialah: titik masa yg kita pilih utk melakukan sesuatu sudah cukup utk mencerminkan perilaku kita.

Bahawa Mufti P Pinang memilih sekarang, tahun 2011, ketika P Pinang diperintah DAP utk mewar-warkan "arahan Rasulullah SAW" berkait larangan baca Quran sebelum subuh dgn pembesar suara sungguh questionable dan boleh dipersoalkan.

Kenapa "arahan Rasulullah" ini tidak dilaksanakan sejak dulu lagi? Kenapa baru skrg, setelah Lim Guan Eng jadi "khalifah P Pinang" maka barulah Mufti ini nak laksanakan "arahan Rasulullah"?

Saya percaya Mufti P Pinang ini telah dijanjikan ganjaran dunia oleh "khalifah" P Pinang dan kerajaan negeri pimpinan "khalifah" ini. Kerajaan DAP P Pinang sgt bijak, apa sj tindakan anti-Islam yg ia ambil maka ia akan gunakan org Melayu/Muslim utk lakukan agar bahana kemarahan umat Melayu/Muslim terhadap DAP dapat dihindari atau dikurangi. Mufti Penang ini9 sah sudah dirasuah oleh kerajaan DAP P Pinang..

matkilaupenang said...

salam esperalzi,
komen yang bernas,terima kasih diatas komen anda.saya rasa masanya tidak sesuai dan apa yang berlaku pastinya ada dalang disebaliknya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive