Wednesday, September 28

Adun Kena Maki Dengan Penduduk.



Lawatan Adun Bagan Dalam, A Tanasekharan bersama Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ahmad Farid Md Arshad ke Rumah Pangsa Seri Bagan di sini, dalam usaha meninjau masalah penghuni berlangsung dalam suasana tegang.

Sebahagian besar daripada penghuni terbabit menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka berkaitan kebersihan, ketidakselesaan dan kurangnya tanggungjawab pihak yang diamanahkan menyelenggarakan flat setinggi 13 tingkat selama ini.

Penghuni, Wahid Noor Mohamed, 48, berkata, sebahagian besar dari penduduk di situ terutamanya yang tinggal di tingkat bawah hidup dalam keadaan tidak selesa berikutan saluran paip najis sering tersumbat.

“Apabila saluran tersumbat, najis akan melimpah keluar melalui bilik air rumah di tingkat satu menyebabkan ruang tamu dan koridor berbau busuk,” katanya.

Bagi Mohd Uzhair Zainal Abidin, 45, keadaan sampah yang terbiar dalam tempoh yang lama juga turut mengundang masalah.

“Sepatutnya MPSP dapat bertindak tegas terhadap pihak yang diberi tanggungjawab menyelenggarakan kebersihan di sini, memandangkan aduan dibuat banyak kali sebelum ini,” katanya. 



MKP kata eloklah dah nak dekat pilihanraya baru mai sua muka.macam mana penduduk tak marah dengan ADUN nie.Bila kempen janji macam-macam lepas menang baut tak tau?inilah yang diamalkan oleh DAP dan sekutu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive