Monday, September 19

Anuwar Dah Ketaq Lutut.



Pak sheik berdiam diri dalam isu skandal seks beliau apa bila bukti terbaru didedahkan oleh PAPAGOMO.Seperti orang bersalah apabila menuduh itu semua fitnah dan tomahan terhadap dirinya.ANUgerah tuhan yang dicanangkan oleh KaK wan tidak mahu melayan pendedahan klip video berwarna dalam sebuah blog yang didakwa membabitkan dirinya.tuduh pulak  blog tersebut menjadi alat parti politik kerajaan untuk menenggelamkan isu penting yang dibangkitkan Pakatan Rakyat (PR).


Malah katanya, tindakan terbaru itu adalah usaha blogger terbabit untuk mengaitkannya dengan tuduhan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti yang pernah didakwa sebelum ini. “Saya tak mahu layan lagi, buat apa kita layan blog yang diperalatkan Umno. Perkara ini sengaja dibangkitkan untuk tutup perkara penting yang kita suarakan seperti ekonomi, kezaliman dan rasuah,” katanya. 


Beliau berkata demikian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Keadilan Kedah, di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, semalam.

Sebuah akhbar semalam menyiarkan pendedahan sebuah blog :Papa Gomo: yang mamaparkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, sekiranya blogger berkenaan mahu mempersoalkan aspek moral terhadap dirinya, pengendali blog itu perlu terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan moral.

“Apa Papa Gomo kata soal moral ke? Moral ialah yang berkaitan dengan budi pekerti, minum arak, rasuah, zalim, aibkan atau fitnah orang. Itu barulah moral,” katanya.



MKP kata jangan dok kelepiak la pak sheik kami berhujah dan mengeluarkan bukti yang nyata dan sahih patut hang samanlah atau membuat laporan polis dan bertindak mengikut undang-undang.atau angkatlah sumpah lahanat bagi membersihkan diri dari fitnah.Nie dok bercakap pasal maruah,sebagai Pemimpin patut berhujah la lebih matang.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive