Tuesday, September 20

LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA.


Sampai sekarang pun tidak ada satu perkara pun yang boleh dicontohi atau dilihat boleh menyamai keupayaan BN memerintah negeri-negeri berkenaan.


Oleh itu tidak payahlah setiap pengumuman yang dilakukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara semuanya pembangkang mahu tumpang sekaki.




Tidak pernah ada satu pun langkah kerajaan BN akan disambut baik dan penuh keikhlasan oleh pembangkang, semuanya pasti diselitkan dengan ''itu semua hasil desakan dan permintaan kita.''


Soalnya, tak kanlah kerajaan BN begitu lemah atau takut sehinggakan apa pun hendak dilakukan harus berpandu apa yang dimahukan oleh pembangkang?


Kalau mahu mengikut apa kehendak pembangkang sudah lama negara ini menjadi huru-hara kerana mereka kelompok yang sering melanggar undang-undang dan bersedia mengadaikan segala-galanya demi merebut kuasa politik.


Malahan jika kerajaan BN mengikut rentak politik pembangkang yang semata-mata mencari populariti untuk meraih undi, sudah lama negara ini terjejas dalam segala bidang.


Apa pun tindakan kerajaan segala-galanya dilakukan berdasarkan pertimbangan yang rasional dan memikirkan secara mendalam kesannya kepada rakyat serta negara.


Kalaulah sesebuah negara ditadbir berasaskan mencari populariti dan meraih undi sudah lama Malaysia menjadi kucar-kacir dan tidak mencapai apa-apa kemajuan.


Oleh itu rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan dakyah-dakyah serta 'politik sapi' pembangkang ini, sebaliknya teruslah memberikan keyakinan kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan Najib untuk menguruskan negara.


Biarlah pembangkang terus dengan mainan politik mereka sehinggakan fakta sejarah pun mahu diubah.


Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan usaha transformasi politik, ekonomi dan sosial yang dirancang oleh Perdana Menteri mencapai matlamat.


Rakyat perlu diberikan pemahaman mengenai usaha kerajaan itu dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang mahu terus berpolitik dalam apa juga perkara hatta soal keselamatan negara sekali pun.


Lagi pun, percayalah selagi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak berakhir, selagi itulah pembangkang akan terus dengan sikap hipokrit, sombong, bongkak dan tunjuk pandai mereka.

1 comment:

mdino said...

dengan adanya pembangkang yg bersuara di parlimen akan wujud keseimbangan dalam landskap politik malaysia....kerajaan yg terlalu kuat akan menyebabkan kerajaan itu jatuh jika rakyat terlalu marah...dgn adanya keseimbangan antara kerajaan dan pembangkang kestabilan politik malaysia akan lebih terjamin

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive