Wednesday, November 2

Alamak,Pelawak Tu Cuba Merogol!



Macam-macam kisah sensasi yang Mangga Muda dengar pasal seorang pelawak ni. Namanya tak adalah popular mana, tapi kisah sensasi mengalahkan artis Barat.

Terkejut Mangga Muda dapat tahu pasal gosip perlakuan 18SX si pelawak ini baru-baru ini. Gatalnya boleh tahanlah jugak. Bilalah agaknya perlakuannya akan terbongkar kepada publik.

Macam ni kisahnya. Si gatal tu ada berlakon dengan seorang pelakon muda yang sangat baru. Cantik pulak pelakon baru tu. Entah macam mana pelakon wanita itu naik kereta besama pelawak tu. Tiba-tiba pelawak itu nak buat perkara tak senonoh.

Dia nak merogol si pelakon wanita itu apabila wanita itu menolak perlawaannya nak buat hal tak senonoh. Alamak kemaruk rupanya si pelawak tu. Nasib baik pelakon wanita tu pantas menepis dan sempat keluar daripada keretanya.

Terus pelakon wanita itu berhenti daripada berlakon  bersama-sama si pelawak gatal yang suka mengambil kesempatan ke atas orang baru macam dia. Dia ingat nama yang dibinanya sebagai pelawak daripada sebuah program TV itu boleh digunakan untuk memikat wanita ke?

Dia ingat semua orang akan sujud kepada dia sebab dia ada nama. Nampaknya pelawak itu salah jalan dan salah menggunakan namanya untuk jalan yang tak baik. Sebab itulah agaknya namanya tidaklah menonjol sebagaimana kawan-kawan pelawak lain.

Nasib baik pelakon wanita itu mendiamkan diri kerana mahu menjaga nama baik dirinya yang hampir tercemar. Kalau dia dah jadi mangsa rogol pastilah sekarang ini si pelawak sudah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahannya itu. Tapi si pelakon baru itu diamkan diri saja.

Dia bimbang juga kalau perkara itu dihebahkan namanya juga akan dihina. Dia takut hasratnya untuk maju dalam lakonan akan terbantut bila kisah negatif itu tersebar.

Bila Mangga muda lihat gambar si pelakon baru itu dalam sebuah majalah, gayanya nampak seksi juga. Urmmm.... seksi itu hampir membawa padah rupa-rupanya.
Sumber,Manggaonline 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive