KUALA LUMPUR 8 Nov. – UMNO tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, setiap hari beliau membaca dalam akhbar banyak pendapat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang mengulas mengenai pelbagai isu yang membuktikan tiada sekatan daripada parti.
"Tiada satu pun pekeliling yang dikeluarkan kepada mana-mana pemimpin Umno baik di peringkat negeri, bahagian atau individu mengatakan mulut mereka terkunci dan tertutup sepanjang masa. Kadang-kadang mereka bercakap lebih daripada yang sepatutnya pun,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog terbuka dengan 50 graduan yang terpilih untuk menyertai program Teach For Malaysia di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini yang mendakwa kononnya dalam UMNO sudah tiada peluang untuk bersuara, dan jika mahu bercakap pada perhimpunan agung pun, individu itu perlu mendapatkan kelulusan pihak atasan.
Pada 22 Julai lepas, Tengku Razaleigh melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dengan beliau sebagai presidennya, sebagai “platform untuk menyuarakan pendapat secara lebih meluas”. - Bernama
2 comments:
Betul apa yang Tim.Presiden UMNO kata: 'Tak pernah halang sesiapa pun yang mahu bercakap tetapi adakah apa yang dicakap didengar dan diambil perhatian?
Contoh: Semasa Pak Lah memegang tampuk Presiden: Telah diingat, telah dicakap malah macam macam 'telah' dibuat suapay sewaktu pemilihan calun dibuat, semua orang berikan pandangan , semua orang bercakap " Jangan calunkan si polan tu lagi, jangan ambil orang itu jadi calun " hasil nya di Perak sahaja banyak tersungkur banyak hampir kalah malah menang nasib pun ada: SEBAB 'tak [pernah halang orang bercakap' tetapi "tidak pula menerima pandangan Rakyat sebab 'Engkau siapa akau siapa' ini 'kroni aku' orang ini banayk bantu aku" dam macam-macam lagi'''
Kepada pemimpin atasan ' apa yang berlaku dizaman Pak Lah ambil ingatan dan jadikan iktibar. Dengar lah cakap rakyat terima lah hasrat rakyat walau pun tidak 100% tetapi jangan kurang dari 70% kerana penentu kemenangan adalah rakyat yang sentiasa sukakan orang yang dia suka.!! Malah jangan jadi sombong dengan ugutan " ahli perlu setia kepada pilihan pucuk pimpinan juga harus diingat ahli UMNO bukan lah penentu kemenangan calun BVN tetapi rakyat dikawasan sekitranya:
Wassalam
PANDANGAN YANG BERNAS.INILAH YANG KITA MUSYKIL DIKALANGAN PEMIMPIN.SIFAT TERBUKA BUKAN SELALUNYA BAGUS.
TERIMA KASIH SAHABAT AMNITPG
Post a Comment