JAKARTA - Seorang pelajar Malaysia mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandarMalang, Jawa Timur, malam tadi.
Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti
Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu, Pereira dilaporkan
ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.
Education Malaysia (EM) (dahulu Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia
sedang mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis
Indonesia dan menguruskan pengiriman pulang mayatnya ke Malaysia.
Pereira berasal dari Klang, Selangor.Atase Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, LudinataMisnun, telah berlepas ke Malang dengan pesawat paling awal hari ini.
Seramai 173 pelajar Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah
itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya. - BERNAMA
Ulasan REDMI 17 5G – Kelas Permulaan Yang Memeningkan
-
Peranti REDMI bukan satu nama yang asing untuk peranti kelas permulaan dan
juga pertengahan kerana menawarkan spesifikasi yang menarik pada harga yang
mamp...
No comments:
Post a Comment