Wednesday, June 6

BUAT APA MENYEMAK JIKA DAH TAK BERMINAT?


Nampaknya ramai kalangan blogger yang mula menceritakan bagaimana TS KSN berusaha dengan bersungguh untuk memanjangkan lagi hayat jawatannya. Mungkin, kalau pada mata kasar rakyat terbanyak, TS KSN memang OK dan boleh dikatakan sudah melaksanakan tugas dengan baik. Tapi kalau diteliti secara menyeluruh, sejujurnyalah, memang tahap TEPU sudah melanda kepimpinan KSN dalam kerajaan.

Dalam mesyuarat-mesyuarat strategik kerajaan, TS KSN memang selalu off-tangent dan mula menceritakan mengenai isteri, anak dan benda-benda lain yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Pemikiran TS sudah tidak fokus. Terlalu blue ocean mungkin.

Sejujurnya, cukup-cukuplah memanjangkan hayat seorang yang tidak lagi fokus dan ikhlas dalam membantu kerajaan. TS hanyalah memuaskan hati beberapa pihak dan tidak melihat keperluan membantu BN dalam memenangi pilihanraya yang akan datang.

Itu belum lagi aduan kalangan pimpinan kanan kerajaan, bahawa kebanyakan idea hanyalah diberikan ‘orang luar’ yang tidak faham dengan pengurusan kerajaan. Idea KSN sudah terlalu ‘ideal’ dan tidak praktikal.

Rasanya, sudah tiba masa KSN untuk berundur dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih ikhlas dan bersungguh.

Antara tanggungjawab KSN – dan dalam kebanyakannya hanya bercerita mengenai kisah rumah tangga dan bukannya isu sebenar pengurusan.

Sir…enough la Sir. baca seterusnya

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive