Saturday, June 16

VIDEO : BERGADUH KERANA CICAK MENGKARUNG?



Zulkifli Nordin diserang oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab di Taman Petaling Perdana. Ceramah anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan apabila salah seorang daripada mereka naik ke pentas dan menolak muka pengerusi majlis.

Penduduk itu kemudiannya berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan.

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.

Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.

Difahamkan pengisian ceramah Zulkifli malam itu kebanyakannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu.

Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.

MKP Ayat Sempoi : Orang PAS panas telinga bila sebut "Cicak Mengkarung" perilaku cicak nie sama dengan Nik Aziz.....

3 comments:

Anonymous said...

Apa punya bodoh si Zul Kulim. Dia yang cabar siapa tak puas hati sila datang ke pentas tapi bila orang datang dia pula cabut lari... memang mangkuk tul...

Anonymous said...

x bleh terima kena hentam puak2 nuar ni yg slalu kena kencing ngan nuar.2 yg naik nak bertinju terus...

hangkedee said...

Orang melayu semakin bebal terutama hamba abdi totok DAPIG."Langkah mayat dulu kalau nak negara Islam."

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive