Saturday, January 5

DAP DAH BERPECAH TEAM KARPAL DAN TEAM LGE...


DAPig sudah ada dua kem....Satu yang menyokong Tokong Crocky LGE dan lagi satu menyokong Karpal Singh...

Guan Eng mahu zairil didalam CEC tapi Karpal mahu pengarah pemilihan Pooi Weng Keong untuk menarik balik peletakan jawatannya.  
Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menggesa Pooi menarik balik peletakkan jawatan kerana kesalahan itu tidak disengajakan.

"Ingin saya tegaskan kesalahan yang berlaku dalam pengiraan adalah tidak disengajakan jadi tidak ada sebab yang mencukupi untuk dia mengambil tindakan berkenaan (meletakkan jawatan).

"Saya merayu kepadanya untuk menarik perletakan jawatannya itu," katanya.

Tiga minggu selepas pemilihan parti, DAP kelmarin mengumumkan kesilapan dalam pengiraan undi yang menurut parti itu, menyebabkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari, tewas dalam pemilihan tertinggi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

Pembetulan itu dicurigai oleh pelbagai pihak kerana dibuat hanya setelah DAP dikritik hebat berikutan kekalahan semua calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan itu, termasuk tokoh-tokoh veteran.

Zairil adalah pendatang baru namun kekalahannya mengejutkan memandangkan kedudukannya sebagai orang kanan kepada Lim Guan Eng.

Berikutan pemilihan itu, Zairil kini diangkat sebagai satu-satunya calon Melayu yang menang dalam pemilihan itu.



Jumlah undi 15/12 =36044undi 36044/20=1802.2 perwkln Jumlah undi 3/1=35162 35162/20=1758.1 pwkln Perbezaan= 882 undi undi dikeluarkan=1826 Undi sah= 1795 Undi rosak=58

Persoalan? 

1. Mengapa jumlah undi keseluruhan pada 15/12 tidak dikenalpsti pada ketika itu kerana tidak selari dengan jumlah perwkilan 36044/20=1802.2; sepatutnya no genap.

2.Penambahan sebanyak 882 undi adalah amat besar semasa pengiraan pada 15/12 dan sudah pasti telah ditemui semasa mengira bukannya sehari selepas itu/ kesilapan telah ditutup dengan sengaja.

3.mengapa undi selepas dibetulkan juga tidak selari dengan jumlah perwkln iaitu 35162/20=1758.1 juga tidak genap.

Mengapakah jumlah perwakilan pada kiraan 15/12 atau 3/1/13 tidak selaras dengan jumlah undi dikeluarkan atau jumlah undi sah samada ditolak atau tidak dengan jumlah undi rosak,terdapat kesilapan pengiraan undi yang amat ketara dan boleh dimanipulasi bagi kepentingan pihak berkuasa samada utk memenangkan atau mengalahkan mana2 pihak tanpa disedari.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive