Monday, January 12

TIADA RUANG BUAT FAHAMAN EKSTREMISME @razlanrafii



Tindakan Pengarah Eksekutif Lawyers of Liberty, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremisme pada setiap hari Jumaat merupakan satu perbuatan provokasi terancang.


Apa agenda peguam NGO pro pembangkang Lawyer for Liberty Eric Paulsen yang membuat dakwaan JAKIM menaman semangat ekstremis?

Soalan tersebut ditanya oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Beliau merujuk kenyataan biadap Eric Paulsen yang mendakwa JAKIM cuba menanam semangat ekstremis setiap minggu yang merujuk kepada khutbah Jumaat.

Kenyataan itu berbunyi: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia.”

Menurut Razlan sikap penentangan terhadap Islam secara terbuka saban hari semakin mendapat perhatian daripada sesetengah pihak di negara ini yang cuba memupuk kebencian terhadap Islam.

"Apakah agenda tersembunyi beliau sebenarnya? Atau adakah beliau sengaja mahu melaga-lagakan orang bukan Islam dengan orang Islam?" soal Razlan.

Jelasnya, Eric Paulsen atau mana-mana pihak jangan cuba menduga kesabaran orang-orang Islam di Malaysia.

"Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru kita sedar betapa pentingnya hubungan toleransi beragama di Malaysia. Kami menggesa Eric Paulsen supaya berani tampil ke hadapan dan berikan penjelasan terhadap ayat provokasi terhadap Islam yang cuba disampaikan.

"Jangan hanya sekadar berani berhujah di dalam laman media sosial dan menjadi bacul bila berhadapan," ujar Razlan.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive