RAPID

Friday, April 10

Akhirnya PM @NajibRazak Membalas Dengan Tenang.....


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya “membuka mulut” bagi menjawab semua persoalan dan kritikan yang dilontarkan kepada beliau berhubung pentadbirannya.

Beliau memilih TV nasional sebagai medium untuk menyiarkan jawapan-jawapan yang selama ini menjadi persoalan kepada orang ramai termasuk yang berkaitan isu politik dan ekonomi.

Program Soal Jawab Khas Bersama Perdana Menteri yang diterbitkan TV3 itu akan turut disiarkan oleh saluran televisyen rasmi negara, RTM pada jam 10 malam ini.

Sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mendesak supaya Najib menjawab pelbagai persoalan termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Development Berhad dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

12 comments:

Anonymous said...

sabar..game baru bermula..bom baru lps ni najib xbleh lari mana dah..penang tu xdapat dah ooiii...

Anonymous said...

Assalam. Saya tak rasa Najib jawab persoalan2 Tun M dan sebenarnya persolan2 kami rakyat yg melata ini. Khuatir UMNo/BN akan tersungkur kerana PM yg tak kompeten. 1MDB sebenarnya isu yg sudah terlajak perahu tak boleh diundur, isu Altantua hanya perlukan penjelasan berani apa latar belakang yg membawa kpd pembunuhan Altantuya. Di Kedah sudah ada ahli2 akar umbi yg malu nak tunjuk gambar Najib, tp Kedah/BN memerintah atas sebab Tun M. Saya pun akan mengajar UMNO/BN bila masa mengundi nanti. Ini sahaja cara akan menghantar mesej kepada PM. Tkasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Jawapan PM bukan lah jawapan kepada soalan2 Tun (rakyat), yang sepatutnya merungkai segala semua persoalan selama ini. Mungkin penyokong2 PM gembira dengan temuramah malam tadi, tapi hakikatnya ianya mezahirkan lagi tentang ketidakupayaan UMNO untuk memahami masalah yang sebenar.

Kalau pun TUN M ada agenda di sebalik soalan2 tersebut, ini lah waktu terbaik untuk PM dan UMNO yang sepatutnya dimanfaatkan untuk mendapatkan keyakinan pengundi2 dengan menjawab setiap pertanyaan tersebut dengan bahasa yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Hidup rakyat malaysia berkisar politik hampir setiap waktu, kadang2 bosan dgn dia orang ni, aku takut suatu hari nanti ALLAH tarik semua kenikmatan yang ada...

Anonymous said...

Adakah dgn mengubah kerajaan akan membawa kepada kebaikan....orang kita ga gal menilai dan sebab itu mudah dipengaruhi....

Ted Manoff said...

Betul. ..semuanya komen category kedai kopi....soalan2 Tan Tin Tun tu pon soalan2 kedai kopi....hampeh

Anonymous said...

Jawapan tenang kepala otak hang. Soalan tak jawab.. asyik2, "saya kena buat keputusan sebagai Perdana Menteri".. keputusan apa? bagitaulah.. lembu pun geleng kepala dengar "jawapan" macam ni. Sebab lembu tahu jawapan2 tu macam taik dia saja a.k.a. bullshit!

Labu8455 said...

MatKilauPenang - satu saja harapan saya - jangan memalukan orang orang Melayu Penang kerana kami bukan semuanya bodoh !

a.halim Arifin said...

Pada saya soalan tun tak dak satu pun yang dijawab.

Anonymous said...

Najib fikir dia menjawab soalan?

Anonymous said...

Najib fikir dia menjawab soalan?

Anonymous said...

Nie kalau masuk Maharaja Lawak sure menang hahaha...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive