RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Monday, March 28
'Park & Ride' di empat stesen LRT @NajibRazak @azmiaziz60 @liowtionglai @myrapidKL
Pembukaan empat stesen baru Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di sini mulai 1 April ini dijangka menarik lebih ramai penumpang berikutan kemudahan 'park & ride'.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, buat masa ini laluan LRT Ampang merekodkan 195,000 penumpang sehari dan pembukaan empat stesen iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong serta Bandar Puteri dijangka menambah 130,000 penumpang baharu.
Katanya, stesen IOI Puchong mempunyai 470 parkir kereta dan 95 parkir motosikal, stesen Pusat Bandar Puchong mempunyai 122 parkir kereta dan 90 parkir motosikal, stesen Taman Perindustrian Puchong mempunyai 350 parkir kereta dan 164 parkir motosikal manakala stesen Bandar Puteri hanya memiliki kemudahan 'drop off' disebabkan kekurangan tempat.
"Perjalanan antara lapan stesen baru (termasuk empat stesen terdahulu iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alan Sutera dan Kinrara BK5) dan stesen Sri Petaling akan menggunakan perkhidmatan tren enam gerabak, iaitu AMY.
"Sehingga peralihan penuh sistem isyarat, pengguna perlu menukar tren di stesen Sri Petaling," katanya dalam sidang media sempena pembukaan stesen LRT IOI Puchong Jaya di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar.
AYAT TAK BOLEH BLAH PEMIMPIN DAP.....?
Makin lama makin merapu meraban ayat yang keluar dari mulut pejilat tegar Lim Guan Eng nie. Bukan apa dulu depa dok troll sakan sangat pemimpin UMNO bila keluar ayat yang bukan-bukan tapi kali ini ibarat meludah kelangit jatuh ke muka sendiri pulak.
Dalam usaha menyelamatkan anak bos besarnya, ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menyalahkan faktor ‘feng shui tidak baik’ punca ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon banglo tersebut pada harga RM2.8 juta berbanding pasaran semasa RM6.5 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Teresa dalam ucapan pada perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam Ahad turut mendakwa bahawa ahli perniagaan wanita itu menjual di bawah harga pasaran kerana beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah rakan baik.
“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.
“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah.
“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” katanya mendakwa bahawa episod pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat mengenai skandal itu sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.
Masalahnya, beliau terlupa pula untuk memberitahu rakyat bahawa jika ‘feng shui tidak baik’ seperti didakwa sekarang tentunya Phang Li Koon tidak akan membeli banglo itu.
Atau mungkin Phang Li Koon berbeza dari masyarakat Cina lain yang tidak menggunakan khidmat pakar ‘feng shui’ sewaktu berbelanja jutaan ringgit untuk membeli rumah itu.
Atau mungkin juga, Phang Li Koon sebelum ini telah ditipu peramal ‘feng shui’ dengan mengatakan banglo itu 8,8,8.
Lalu timbul pula persoalan apakah mungkin tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Taman Manggis pun ‘feng shui tidak baik’ sehingga memaksa kerajaan DAP Pulau Pinang menjual dan menukar statusnya.
Katanya tanah itu kecil untuk buat rumah pangsa PPRT 17 tingkat tetapi peliknya cukup pula untuk syarikat itu nak bina hospital sewats 30 tingkat dan hotel.
Atau apakah mungkin, demi untuk mengubah status ‘feng shui tidak baik’ itu maka tanah PPRT Taman Manggis itu terpaksa dijual kerajaan DAP Pulau Pinang kepada syarikat yang didakwa nak buat pula untung atas angin.
Beli tanah RM11 juta dari kerajaan negeri dan didakwa nak jual kepada pihak ketiga RM20 juta.
Dah tu ada orang dalam syarikat berkenaan didakwa ada kaitan dengan Phang Li Khoon.
Sebelum ini Ahli Parlimen DAP Tanjong ,Ng Wei Aik buat ‘ buat lawak’ kata Guan Eng sebagai seorang akauntan mana tahu nilai rumah yang hendak dibelinya.
Apakah dia lupa portfolio urusan tanah di negeri itu adalah dibawah Guan Eng.
Maaf cakap la, mudah sungguh ahli-ahli parlimen DAP beri alasan untuk menghalalkan isu belian banglo itu yang didakwa bawah harga pasaran.
Saturday, March 26
BERITA BAIK BUAT PENGGUNA LRT KELANA JAYA..... @NajibRazak @azmiaziz60 @MyRapidKL
Majlis pelancaran mempekenalkan set tren ini telah diadakan pada awal Januari lalu. Selain meningkatkan kemudahan ketersambungan dan jarak perjalanan, tren baru ini juga memberikan tahap keselesaan dan keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna.
Idea untuk menambahkan jumlah tren di dalam sistem ini akan meningkatkan frekuensi. Ini bermakna tren ini boleh membawa lebih penumpang dan penambahan tren bermakna waktu menunggu di stesen juga semakin singkat.
Tren pertama ini akan mula beroperasi pada Jun ini. Kita akan tambah tren daripada semasa ke semasa dan kesemua 14 tren ini akan mula beroperasi di Laluan Kelana Jaya pada Jun tahun depan.
Berbeza dengan tren LRT laluan Kelana Jaya yang digunakan sekarang, tren baru ini dilengkapi empat kamera litar tertutup di setiap gerabak.
Malah, setiap gerabak juga dipasang dengan kemudahan sistem informasi penumpang, iaitu kemudahan infortainment untuk hiburan dan maklumat kepada para penumpang.
Direka, dibangunkan dan diuji di Bombardier's Centre of Competence for Mass Transit System di Kingston, Kanada, tren pertama model INNOVIA Metro 300 ini sampai di Malaysia pada 18 Disember tahu lalu selepas lebih dua bulan perjalanan melalui laut.
Tren-tren ini dihantar ke Malaysia secara berperingkat dengan tren kedua dijadual tiba akhir bulan depan. Tren ke 14 dan yang terakhir akan dihantar dari Kanada pada Mac tahun depan.
Wednesday, March 23
GUAN ENG TELAH DITANGKAP...........?
Nampaknya tindakan pantas Lim Guan Eng memberi respon terhadap isu pembelian banglo di bawah harga pasaran telah 'makan diri'.
Sebaik sahaja didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya di Parlimen, cepat-cepat Ketua Menteri Pulau Pinang itu buat penjelasan.
Namun penjelasan demi penjelasan dilihat tidak dapat 'membersihkan' namanya malah menimbulkan persoalan demi persoalan.
Malah sidang media yang dibuat tanpa membenarkan wakil media menanya soalan dilihat orang seolah-olah ada perasaan bimbang dalam hati pemimpin kanan DAP itu.
Pelawaan Guan Eng yang mahu Shahbudin minum kopi bersama kerana mahu melihat bukti yang pemimpin UMNO itu ada juga jelas menunjukkan hatinya gusar dengan apa yang berlaku.
Isu itu kemudiannya dibandingkan dengan kes bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah dan kini menjalani hukuman di penjara.
Apabila Guan Eng menyatakan ia melibatkan willing buyer and willing seller basis - sama seperti kenyataan Mohamad Khir dalam isu pembelian banglo di Shah Alam satu masa dahulu.
Orang ramai sebenarnya tidak mempertikaikan proses pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown itu. Apa yang mereka bimbang kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa seperti dibuktikan mahkamah dalam kes Mohamad Khir kerana pembelian dibuat di bawah harga pasaran.
Guan Eng membeli banglo itu pada harga RM2.8 juta sedangkan harga pasaran sepatutnya mencecah RM6 juta. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pun menilainya pada harga RM4.270 juta.
LHDN dipercayai merujuk kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi tujuan itu.
Jadi, ramai pihak mendesak jika Mohamad Khir didakwa kenapa tidak Guan Eng?
Masih ingat lagi ketika isu Mohamad Khir, berapa ramai pemimpin DAP berarak menjadikannya isu politik memburuk-burukkan UMNO.
Walaupun ketika itu Mohamad Khir bukan siapa-siapa dalam UMNO.
Kali ini bila kena kepada Guan Eng janganlah marah bila parti lawan pula ambil kesempatan.
Memang mereka tidak boleh lagi menyelamatkan Mohamad Khir tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mahu pihak berkuasa buat-buat tidak nampak kes Guan Eng.
Kenyataan Guan Eng yang mendakwa dirinya tidak tahu harga banglo di bawah harga pasaran dilihat kelakar memandangkan beliau juga exco kerajaan negeri dalam soal tanah di Pulau Pinang.
Malah tindakan Ahli Parlimen Bagan itu mencabar Shahbudin membuat kenyataan yang sama di luar Parlimen supaya membolehkannya menyaman juga pelik.
Ini kerana selepas di Parlimen, Shahbudin bersama beberapa Ahli Parlimen BN membuat sidang akhbar mengenai perkara yang sama di luar Parlimen.
Maknanya, Shahbudin bersedia menghadapi sebarang kemungkinan perundangan.
Satu lagi, Guan Eng juga kena bersedia terhadap dakwaan isu projek perumahan di Taman Manggis yang ada kaitan dengan pemilik asal banglo yang dijual kepada Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan.
Ketika ini kita dapat lihat warna sebenar pemimpin pembangkang lain apabila Guan Eng didesak bercuti sementara kesnya disiasat dibantah keras oleh rakan-rakannya.
Namun, jika kes yang sama berlaku kepada pemimpin BN, mereka orang awal yang mahu pemimpin itu 'berehat' atau meletakkan jawatan.
Apa pun, pemimpin pembangkang mesti bersigat terbuka memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus.
Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pun mungkin buka kertas siasatan dan elak daripada terus mempolitikkannya kerana ia melibatkan batang tubuh Guan Eng.
Monday, March 21
'CEO Celebrity Walkabout 2016' WAKTU PUNCAK "RALAT"
Laporan sebelum ini pihak media massa menyatakan bahawa waktu puncak perkhidmatan Transit Aliran Ringan LRT pada jam 11pagi hingga 2 petang adalah satu kesilapan. berikut adalah keratan berita tersebut.
"Waktu 11 pagi hingga 2 petang dianggap sebagai antara waktu puncak bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) terutama di Stesen KL Sentral.
Menyedarai keadaan itu, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah menjemput lapan pemimpin industri terkemuka dari beberapa syarikat untuk merasai pengalaman menaiki LRT semasa waktu puncak dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.
Semasa perjalanan selama 10 minit dari KL Sentral kira-kira 11.30 pagi ke Stesen KLCC, kelapan-lapan tetamu itu tidak diberi layanan VIP dan beberapa orang daripada mereka terpaksa berdiri kerana tren sesak dengan penumpang.
Pemimpin industri berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Datuk Zainal Amanshah dan Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn Bhd Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.
Berikut adalah kenyataan balas dari Mr LIM JIN AUN Ketua Kumpulan Komunikasi dan Strategik Pemasaran bagi pihak Prasarana
1. The photo used in the article was not that of KL Sentral station in which the Kelana Jaya Line LRT service passes by. The photo posted was that of the Ampang Line LRT service and the photo was likely taken when the service encountered disruption during peak hours.
2. While our LRT services do encounter service disruptions, as with any other rail services in the world, we have diligently maintained a service reliability rate of 99.7% over the past years.
3. We have posted online to clarify that the period between 11am and 2pm is not deemed peak hours as reported by several media. Our regular peak hours are between 7am and 9am and 5pm and 7pm.
4. The intention of the LRT ride on Thursday was to give the corporate leaders an opportunity to experience taking the public transport in an effort to encourage the culture within their organizations and the public in general, as well as to obtain their feedback for further improvement.
5. Prasarana Malaysia Berhad has put in much effort to continually enhance the public transport infrastructure and to promote the use of public transport services, particularly in Greater Klang Valley, as part of the aspiration to mitigate traffic congestions, particularly during weekday, peak hours.
6. We hope that more people in the Klang Valley would benefit from the opening of the LRT Line Extension Project in end June 2016 in which the Kelana Jaya Line and Ampang Line LRT services would be extended to cover the areas of Subang Jaya, USJ, Bandar Kinrara, and Puchong up to Putra Heights.
7. We also look forward further developing the LRT infrastructure in the Klang Valley with the development of LRT3 which covers the areas between Bandar Utama, Shah Alam, and Klang.
8. We thank you and your readers for the constructive feedback and look forward to having the support from you and your readers as we continually improve on our systems and services.
Thanks and best regards,
LIM JIN AUN
Head Group Communications and Strategic Marketing
Sunday, March 20
SIAPA MISS "P" DEDAHAN PANAS SUMBER DALAMAN DAP....?
"Suka sama suka" zaman sekarang mana ada benda yang diberikan secara percuma tanpa ada agenda tersembunyi. Kenyataan Ketua Menteri sebelum ini menyifatkan kontrak pembelian rumah mewah berharga RM2.8 juta selepas diskaun itu konon seumpama satu ‘perkahwinan’.
Kalau dah kahwin tue mesti nak "syurga dunia" yang dijanjikan. Ini kerana kedua-dua belah pihak secara rela hati memutuskan harga sesuai atau ‘teman’ yang sesuai. Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara beliau dan penjual berasaskan dasar kesanggupan si pembeli dan penjual.
Isu hubungan istimewa beliau dengan Miss Phang, pemilik banglo di Jalan Pinhorn itu pernah dibangkitkan menerusi laman tempatan Stop The Lies pada tahun 2012 sehingga menjadi viral sebelum senyap secara misteri.
Rakyat Pulau Pinang khasnya penyokong tegar DAP mesti tertanya-tanya kenapakah Guan Eng begitu beria-ria sangat melindungi wanita misteri tersebut (Miss P) dengan begitu hebat seolah-olah macam rahsia besar negara!
Menurut sumber dalaman DAP sendiri, pemimpin yang dihormati itu (Guan Eng) marah benar apabila sumber maklumat akhbar The Star itu pernah diperoleh daripada anggota Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh.
ADUN Sungai Puyu serta Exco portfolio Kebajikan, Masyarakat Prihatin dan Alam Sekitar negeri itu juga ialah sepupu kepada Miss P. Anehnya pada keesokan harinya, The Star ‘berlari-lari’ membetulkan balik laporannya..
Wanita itu (Miss P) menurut sumber memberitahu pada asalnya hanya seorang ejen pembantu rumah sebelum pilihan raya umum pada 2008. Namun, wanita itu menjadi kaya raya selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri.
Kini ramai pihak termasuk penyokong tegar parti pembangkang di Pulau Mutiara itu sendiri mula tertanya-tanya sama ada wanita itu konon adalah ‘teman wanita’ Guan Eng selepas dia mengeksploitasi Xiao Hong aka Rainbow.
Guan Eng perlu jelaskan kenapa Miss P ada begitu banyak wang untuk beli sebuah banglo mewah dan memiliki usahasama bisnes dengan seorang ahli perniagaan Sabah selepas Guan Eng mula jadi Ketua Menteri pada 2008.
“Guan Eng juga tidak jawab mengapa Miss P habis banyak duit untuk ubah suai banglo sebelum beri sewa kira-kira RM9,000 sebulan! Sehingga kini, beliau tidak berani tunjuk kontrak perjanjian sewa banglonya itu,” kata sumber.
Saturday, March 19
KETUA MENTERI PULAU PINANG BOHONG.....?
Alasan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa tanah di Taman Manggis di George Town, tidak sesuai dibangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana keluasannya kurang 0.8 hektar adalah satu pembohongan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa alasan Ketua Menteri itu dimaklumkan pegawainya di kementerian, setelah dipersoalkan mengapa tanah berkenaan dijual kepada swasta dan tidak dibangunkan PPR.
Beliau berkata fasa pertama PPR itu telah siap dibina serta diduduki dan pembinaan seterusnya hanya melibatkan blok tambahan kepada bangunan sedia ada.
"Bila fasa dua masukkan pelan pembangunan yang sama, perunding yang sama, cuma perlu bina satu blok lagi, ia tidak lagi tertakluk kepada dua ekar.
"Baki (tanah) yang ada adalah sebahagian daripada tanah yang luas dan sudah tentu bahagian yang tinggal kurang daripada dua ekar. Tapi, jika saya mahu bina PPR di sana, ia masih boleh dilakukan kerana ia hanya membabitkan satu lagi blok," katanya.
Abdul Rahman berkata Ketua Menteri itu juga tidak patut memberi alasan yang beliau tidak tahu bahawa tanah berkenaan diperuntukkan untuk PPR kerana ia telah direkod dalam hansard semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 2012.
"Saya ada bukti...dalam hansard itu sudah jelas tercatat, apabila beliau menjawab soalan dalam dewan, tanah itu adalah untuk PPR," katanya.
Lim dalam kenyataannya awal hari ini, berkata kerajaan negeri tidak tahu menahu tanah Taman Manggis itu adalah untuk projek rumah kos rendah.
Katanya bagi menggalakkan pelancongan perubatan, kerajaan negeri memutuskan untuk menawarkan tanah itu kepada sebuah hospital pakar.
Tuesday, March 15
WARGA JERMAN DITANGKAP OLEH PASUKAN KHAS TANGKAP DAN RONDA....
Warga Jerman itu, yang telah diserahkan kepada pihak polis, telah diberkas oleh pasukan khas ‘Ronda & Tangkap’, yang dibentuk khusus untuk membenteras kegiatan artis-artis grafiti yang gemar menconteng tren-tren, stesen dan depot di bawah pengurusan Rapid Rail – anak syarikat Prasarana yang mengendalikan operasi LRT dan monorel Rapid KL.
Ketika mengesahkan perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Encik Ahmad Nizam Mohamed Amin, berharap hukuman berat akan dikenakan kepada mereka yang disabitkan dengan kesalahan ini kerana impaknya kepada operasi amat besar.
“Kami difahamkan beliau akan didakwa di mahkamah hari ini. Sebenarnya, ini bukanlah gejala baru; tetapi sejak daripada operasi tren bermula. Kawasan sasaran utama mereka adalah di kedua-dua depoh LRT Laluan Ampang di Ampang dan LRT Laluan Kelana Jaya di Subang. Mereka mungkin tidak sedar; tetapi impak daripada sikap tidak bertanggungjawab ini amat besar.
“Tren-tren yang diconteng akan terpaksa dikeluarkan daripada operasi. Mereka perlu dicuci dan dicat semula sebelum dapat digunakan untuk operasi. Apabila tidak beroperasi, ia akan menjejas perkhidmatan. Masa menunggu akan menjadi lebih panjang kerana jumlah tren telah berkurang. Akibatnya, orang ramai sendiri yang akan merungut.
“Ini tidak termasuk perbelanjaan untuk mencuci dan mengecat semula tren. Ia adalah satu perbelanjaan yang besar, yang sebenarnya boleh kami gunakan untuk meningkatkan lagi bidang-bidang lain untuk menambah keselesaan penumpang,” kata Ahmad Nizam, yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun dalam perkhidmatan LRT.
Menurut beliau, majoriti daripada mereka yang diberkas adalah orang asing khususnya dari Eropah.
“Nyata, mereka terbawa-bawa budaya di negara mereka. Malaysia juga mempunyai ramai artis-artis grafiti. Tetapi, mereka lebih bertanggungjawab dan menyalurkan bakat mereka di platform yang betul. Sememangnya, terdapat tempat-tempat tertentu yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk artis-artis grafiti ini menjalankan kegiatan mereka.
“Malahan, kami di Rapid Rail dan Prasarana sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan artis-artis ini untuk menjalankan projek-projek grafiti di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti di kawasan stesen. Ada cara yang betul untuk menyalurkan bakat ini dan kami sentiasa menyokong program-program yang dikendalikan dengan baik,” tambah beliau
Friday, March 11
TUN MAHADIR PECAT DIRI SENDIRI.....
Lumrah bila kita berkerja atau diberikan apa saja jawatan patut hormat pada boss yang sedia ada. Kalau dah melampau patut pecat saja. Memang tepat keputusan yang diambil oleh majoriti kabinet yang bersidang pada petang tadi.
Kerana tidak lagi menyokong kerajaan sedia ada... Kabinet bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kabinet berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.
Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.
Kerana tidak lagi menyokong kerajaan sedia ada... Kabinet bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kabinet berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.
Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.
Tuesday, March 8
UNTUNG ANAK MUDA YANG MENJADI MAHASISWA @UniKLOfficialTw @IsmailSabri60 @azmiaziz60
Bagi memastikan tenaga kerja mahir tidak berkurangan pihak Prasarana telah melangkah setapak lagi kehadapan melalui perjanjian (MOU) dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad bakal membangunkan Akademi Rel yang bakal menghasilkan tenaga pakar dalam industri teknologi rel negara selepas menandatangani memorandum persefahaman antara dua agensi berkenaan.
Program berkenaan akan menawarkan silibus-silibus akademik berkaitan industri rel selain menyediakan kepakaran teknikal tentang sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) dan monorel.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menjangkakan seramai 500 pelajar setahun untuk menyertai program tersebut.
“Pelajar yang menyertai kursus berkenaan akan menghadiri sesi teori selama enam bulan sebelum dihantar menjalani latihan industri selama enam bulan di Depoh Rapid Rail yang terletak di Subang.
“Pembangunan projek ini adalah pada waktu yang bersesuaian memandangkan kerangka industri ‘Malaysia Rail Supporting Industry Roadmap’ (MRSIR) telah menyasarkan kekosongan yang tinggi dalam bidang penyelenggaraan dan pemulihan sehingga tahun 2030,” jelasnya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara UniKL dan Rapid Rail Sdn. Bhd. di Menara UOA.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Ahmad Nizam Mohd. Amin dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.
Sunday, March 6
KEJAYAAN PRASARANA MENDAPAT PUJIAN @NajibRazak @azmiaziz60 @MyRapidkl
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak melihat kontrak Mekah Metro yang dimenangi oleh Prasarana sambil diperhatikan oleh Azmi Abdul Aziz (kanan) dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Putrajaya.
Kejayaan membanggakan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) ketika mengendalikan Perkhidmatan 12 tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) pada musim haji tahun lepas telah menjadi contoh syarikat terbaik oleh Perdana Menteri Malaysia.Usaha untuk mendapatkan kontrak Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) bukanlah mudah malahan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Segala dugaan bukanlah batu penghalang bagi Prasarana memenangi kontrak yang menjadi rebutan pelbagai pihak pengendali rail terkemuka didunia.
Hubungan baik diantara kedua-dua negara juga telah menjadi salah satu faktor Kerajaan Arab Saudi melantik Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengendalikan Perkhidmatan 12 tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL).
Thursday, March 3
TAMBANG PERCUMA SELAMA SEBULAN @RapidKamunting @NajibRazak @azmiaziz60 @zmy2412
Rapid Kamunting dengan rasminya telah dilancarkan pada hari ini. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Adun Kamunting merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor sebentar tadi.
Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid nampaknya gembira dan amat berpuas hati dengan perkhimatan yang disediakan oleh Prasarana.Pihak Rapid Kamunting telah membuat lawatan di laluan warisan sebentar tadi. Ini bakal memberikan kemudahan pengangkutan Awam bertaraf antarabangsa kepada warga Taiping.
Perlaksaan ini bertepatan dengan NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Kerjasama diantara Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Perkhidmatan ini terlaksanakan dengan kerjasama NCIA, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Dalam sidang media sebentar tadi Ketua Pegawai eksekutif Rapid Bas Zulkifli Mohd Yussof telah mengumumkan tambang percuma selama sebulan diberikan kepada warga taiping.
Bas Rapid Kamunting akan melalui dua laluan iaitu Kamunting – Taiping dan laluan Jejak Warisan. Bagi laluan Kamunting – Taiping, perkhidmatan bas tersebut akan melalui 21 hentian di sekitar Bandar Taiping dan Kamunting.
Perjalanan tersebut akan melibatkan jarak 25 kilometer dalam tempoh 45 minit bagi setiap perjalanan. Melalui pengenalan perkhidmatan pengangkutan awam baharu ini, penduduk Taiping akan lebih mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang selesa.
Untuk permulaan seramai 23 orang pekerja akan ditugaskan di Depoh Taiping bagi mengendalikan perkhidmatan ini termasuklah pemandu bas, mekanik dan staf-staf lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2016
(123)
-
▼
March
(12)
- 'Park & Ride' di empat stesen LRT @NajibRazak @azm...
- AYAT TAK BOLEH BLAH PEMIMPIN DAP.....?
- BERITA BAIK BUAT PENGGUNA LRT KELANA JAYA..... @Na...
- GUAN ENG TELAH DITANGKAP...........?
- 'CEO Celebrity Walkabout 2016' WAKTU PUNCAK "RALAT"
- SIAPA MISS "P" DEDAHAN PANAS SUMBER DALAMAN DAP....?
- KETUA MENTERI PULAU PINANG BOHONG.....?
- WARGA JERMAN DITANGKAP OLEH PASUKAN KHAS TANGKAP D...
- TUN MAHADIR PECAT DIRI SENDIRI.....
- UNTUNG ANAK MUDA YANG MENJADI MAHASISWA @UniKLOffi...
- KEJAYAAN PRASARANA MENDAPAT PUJIAN @NajibRazak @az...
- TAMBANG PERCUMA SELAMA SEBULAN @RapidKamunting @Na...
-
▼
March
(12)