Sunday, March 20

SIAPA MISS "P" DEDAHAN PANAS SUMBER DALAMAN DAP....?


"Suka sama suka" zaman sekarang mana ada benda yang diberikan secara percuma tanpa ada agenda tersembunyi. Kenyataan Ketua Menteri sebelum ini menyifatkan kontrak pembelian rumah mewah berharga RM2.8 juta selepas diskaun itu konon seumpama satu ‘perkahwinan’.

Kalau dah kahwin tue mesti nak "syurga dunia" yang dijanjikan. Ini kerana kedua-dua belah pihak secara rela hati memutuskan harga sesuai atau ‘teman’ yang sesuai. Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara beliau dan penjual berasaskan dasar kesanggupan si pembeli dan penjual.

Isu hubungan istimewa beliau dengan Miss Phang, pemilik banglo di Jalan Pinhorn itu pernah dibangkitkan menerusi laman tempatan Stop The Lies pada tahun 2012 sehingga menjadi viral sebelum senyap secara misteri.

Rakyat Pulau Pinang khasnya penyokong tegar DAP mesti tertanya-tanya kenapakah Guan Eng begitu beria-ria sangat melindungi wanita misteri tersebut (Miss P) dengan begitu hebat seolah-olah macam rahsia besar negara!

Menurut sumber dalaman DAP sendiri, pemimpin yang dihormati itu (Guan Eng) marah benar apabila sumber maklumat akhbar The Star itu pernah diperoleh daripada anggota Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh.

ADUN Sungai Puyu serta Exco portfolio Kebajikan, Masyarakat Prihatin dan Alam Sekitar negeri itu juga ialah sepupu kepada Miss P. Anehnya pada keesokan harinya, The Star ‘berlari-lari’ membetulkan balik laporannya..

Wanita itu (Miss P) menurut sumber memberitahu pada asalnya hanya seorang ejen pembantu rumah sebelum pilihan raya umum pada 2008. Namun, wanita itu menjadi kaya raya selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Kini ramai pihak termasuk penyokong tegar parti pembangkang di Pulau Mutiara itu sendiri mula tertanya-tanya sama ada wanita itu konon adalah ‘teman wanita’ Guan Eng selepas dia mengeksploitasi Xiao Hong aka Rainbow.

Guan Eng perlu jelaskan kenapa Miss P ada begitu banyak wang untuk beli sebuah banglo mewah dan memiliki usahasama bisnes dengan seorang ahli perniagaan Sabah selepas Guan Eng mula jadi Ketua Menteri pada 2008.

“Guan Eng juga tidak jawab mengapa Miss P habis banyak duit untuk ubah suai banglo sebelum beri sewa kira-kira RM9,000 sebulan! Sehingga kini, beliau tidak berani tunjuk kontrak perjanjian sewa banglonya itu,” kata sumber.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive